Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kerajaan membuat kajian mendalam berhubung insiden pencerobohan militan di Lahad Datu yang mengorbankan lapan anggota polis sehingga kini.
Bekas perdana menteri berkata kajian itu perlu bagi mengenal pasti bagaimana pencerobohan boleh berlaku termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu.
"Kajian ini juga penting bagi menentukan sama ada kerajaan perlu menambah perbelanjaan untuk pertahanan termasuk membeli peralatan perang dan senjata untuk menangani serangan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pandangan pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata hasil kajian itu nanti akan membantu kerajaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Lahad Datu memandangkan pantai di Sabah berliku-liku dan mudah diceroboh pihak tertentu dari negara jiran, misalnya Filipina.
Beliau juga percaya kerajaan memiliki wang secukupnya untuk menambah perbelanjaan untuk pertahanan, termasuk meningkatkan bilangan anggota pasukan keselamatan, untuk menangani insiden pencerobohan sebab mendapat hasil yang banyak menerusi syarikat tempatan yang membuat keuntungan besar.
Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum ini berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir apabila dilaporkan berkata kerajaan perlu membuat kajian terperinci tentang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Terdahulu dalam ucapannya pada forum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan hanya memperuntukkan lima peratus dalam Belanjawan tahunan untuk pertahanan, manakala 25 peratus untuk pendidikan kerana menganggap pendidikan menentukan masa depan rakyat di negara ini.
Bernama
Sun Mar 10 2013
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
COVID-19: KKM pantau kemungkinan bekas pesakit alami kesan jangka panjang
Mungkin terdapat perbezaan bagi mereka yang mengalami jangkitan tahap empat atau lima, dengan mereka yang tidak bergejala atau bergejala ringan.
Pemindahan ibu negara Indonesia hanya untungkan konglomerat - Ahli akademik
Katanya, kajian lebih mendalam tidak dilakukan mengenai impak perpindahan berskala mega itu ke atas rakyat Indonesia, khususnya di Jakarta dan Kalimantan sendiri.
Tun M: Kajian terperinci perlu berhubung insiden ceroboh Sabah
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kerajaan membuat kajian mendalam berhubung insiden di Lahad Datu.