Gabungan Pakatan Harapan (PH) tidak akan sesekali kembali untuk membantu dalam membersihkan pentadbiran kerajaan seperti yang berlaku ketika ini sekiranya rakyat Malaysia mahu kembali menyokong parti lama.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap sesetengah pihak yang masih menyokong individu pemimpin yang 'mencuri' wang rakyat membuatkan beliau tidak faham kecenderungan itu.
Apa yang membuatkan beliau tidak faham juga ialah, terdapat beberapa pemimpin kerajaan terdahulu yang masih berhadapan dengan kes perbicaraan di mahkamah atas pelbagai salah laku.
"Kita (sekarang ini) sampai ke tahap yang mana orang cium tangan pencuri (dan) panggil (individu tersebut) bossku.
"Jadi bossku curi duit (pun) tak apa, okey (sahaja) Saya tak tahu macamana org boleh terpengaruh dengan orang yang facing trial for cheating dan stealing.
"Kalau dia nak orang ini balik okeylah. PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) ambillah... pilih balik (mereka).
"Lepas itu jangan harap PH nak ambil semula nak betulkan semula. If voters feeling that crook should run this country because crook give you so lot of money well go ahead. But from PH no way, we want to give money," tegas Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan Projek Demonstrasi 5G di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini pada Isnin.
Salim Aziz
Mon Jan 20 2020
Pakatan Harapan tidak akan sesekali kembali untuk membantu dalam membersihkan pentadbiran kerajaan seperti yang berlaku ketika ini sekiranya rakyat Malaysia mahu kembali menyokong parti lama, kata Dr Mahathir Mohamad. - Gambar BERNAMA
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Tun berhak keluar kenyataan, tapi keputusan di tangan rakyat - Najib
Dr Mahathir berhak untuk keluar apa sahaja kenyataan atau pendapat termasuk mengkritik kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan menggelar mereka sebagai 'pencuri'.
Tun M pelik ada orang sanggup cium tangan pencuri
Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap sesetengah pihak yang masih menyokong individu pemimpin yang 'mencuri' wang rakyat membuatkan beliau tidak faham kecenderungan itu.