Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan kesilapan apabila membangkitkan isu bangsa Johor.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tindakan itu memungkinkan Parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan diterima di negeri Johor.
Beliau berkata Tun Mahathir perlu faham konsep bangsa Johor sudah dipakai sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim pada 1920.
"Mantan Perdana Menteri (PM) saya tengok dari dulu tidak konsisten, minggu lepas minta maaf pada Raja-Raja Melayu kerana masa beliau memimpin, beliau meminda perlembagaan dan kita sokong. Tapi minggu ini, buat hal dengan Sultan Johor.
“Saya tengok dia bercakap tidak serupa bikin, dan akhirnya mempelawa dan mengundang nahas dan silap haribulan parti baharu diwujudkan dan tidak diterima seinci pun di Johor.
“Itu pertimbangan silap. Sama ada nak minta maaf atau tidak terserah dia,” tambah Hishammuddin.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di sini pada Sabtu.
Tun Mahathir sebelum itu mengeluarlan kenyataan bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.
Katanya, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia daripada menggelar Bangsa Johor atau Kedah misalnya, kerana negara akan lebih makmur sekiranya semua bersatu.
Astro Awani
Sat Aug 27 2016
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pertahanan berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang hari ini. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tun M silap, bangkitkan isu bangsa Johor
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan kesilapan apabila membangkitkan isu Bangsa Johor, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.