awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M tidak berhak bercakap soal kesetiaan - Vigneswaran

Bernama
Bernama
15/01/2024
12:34 MYT
Tun M tidak berhak bercakap soal kesetiaan - Vigneswaran
Vigneswaran berkata MIC mengambil pendekatan untuk tidak melayan kenyataan sensitif yang dikeluarkan itu malah akan menumpukan fokus kepada perkara lain yang lebih penting. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mempunyai sebarang hak untuk mempersoalkan kesetiaan masyarakat India di negara ini dan kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini tidak perlu dilayan sama sekali.
Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata parti itu mengambil pendekatan untuk tidak melayan kenyataan sensitif yang dikeluarkan itu malah akan menumpukan fokus kepada perkara lain yang lebih penting.
"Kesetiaan ini adalah satu konsep yang tiada kena mengena dengan Tun M (Tun Mahathir) kerana dia tak setia pada UMNO, dia tak setia pada Bersatu, dia tak setia pada Pakatan Harapan yang telah melantik beliau Perdana Menteri pada 2018.
"... kita tak nak komen pada orang yang tak faham erti setia jadi kalau dia cakap soal kesetiaan biarlah dia cakap kalau dia faham dia pun setia, tak payahlah (untuk dilayan) kita ada kerja lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Ponggal berdekatan bangunan MIC di sini hari ini.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir dalam sebuah temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih 'terikat' dengan negara asal mereka.
Ketika ditanya jika MIC akan mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan berbaur perkauman itu, Vigneswaran berkata ia terpulang kepada pihak kerajaan.
"Bagi pihak kami di MIC kita dah buat keputusan di bawah Barisan Nasional (BN) pada masa itu dan kita berpegang pada prinsip itu (menghormati perlembagaan)," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan status tokoh negarawan yang diterima Dr Mahathir.
"... sebab erti negarawan ini di negara Malaysia ini di mana rakyatnya ialah majmuk, negarawan ini adalah sepatutnya untuk setiap kaum, komen dia tak mengguris hati saya sebab kami setia tetapi dia yang tak faham erti setia itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mengguris hati
#tokoh negarawan
#masyarakat India
#kenyataan sensitif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan