Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.
Bagaimanapun beliau pada masa sama mahu siasatan turut dilakukan dalam isu melibatkan dana RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Mereka dialu-alukan berbuat demikian. Namun, kami juga mahukan suruhanjaya sama (untuk siasat) berhubung RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib. Apa terjadi kepada wang 1MDB dan apa yang dia buat dengan meminjam sejumlah wang yang besar itu? Perkara ini perlu disiasat," katanya dalam sidang media di kediaman Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.
BACA: Siasat adakah Bank Negara muflis pada tahun 1991? - AzwanBro
Beliau menegaskan, hasil laporan siasatan terhadap 1MDB juga tidak sepatutnya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Pada masa saya dahulu (semasa menjadi Perdana Menteri) saya tidak pernah confine apa jua siasatan sebagai rahsia rasmi . Namun sekarang, mereka menyembunyikan semua bukti mengenai jenayah mereka dengan meletakkan semua laporan SPRM, Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, semua ini telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," ujarnya.
Justeru beliau melihat cadangan menubuhkan RCI berkenaan adalah cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat.
"Jadi kamu (kerajaan) buka perkara (laporan) itu dahulu. Jangan cuba mengalihkan kepada perkara yang berlaku 40 tahun dahulu.
(Tindakan) ini adalah untuk mengalihkan perhatian (ramai). Saya tidak peduli dengan orang seperti ini," ujarnya.
Pada Isnin, Pemuda UMNO dalam satu sidang media mendesak agar kerajaan menubuhkan RCI berhubung pendedahan yang dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata pihaknya mengambil serius pendedahan mengenai kerugian mega dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 07 2017
Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian urusniaga matawang pada tahun 1991. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
India akan jadi negara maju dalam tempoh 25 tahun - Narendra Modi
India akan menjadi pusat pembangunan "berpaksikan manusia" berdasarkan harapan dan aspirasi rakyat.
Konsert 'Rossa 25 Shining Years' 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian.
JubliSiti25: "Jangan berhenti merendah diri" - Pesan Siti Nurhaliza buat artis baharu
Hari ini genap 25 tahun penglibatan Siti Nurhaliza sebagai anak seni.
Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida
Pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.
Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa BNM ke tahap muflis.
Siasat adakah Bank Negara muflis pada tahun 1991? - AzwanBro
Pemuda UMNO mengambil serius pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Ahmad Murad mengenai kerugian dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada 1991 yang membawa BNM ke tahap muflis.
Kerugian akibat 'forex': Ia berlaku 25 tahun lepas - Bank Negara
Bank pusat tersebut menegaskan ia kini semakin kukuh, telus dan bertanggungjawab.