Skip to main content

Malaysia

Tun Mahathir jumpa Datuk Seri Anwar di hospital

51526127057_950x600.jpg
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berjumpa dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Tun Mahathir dikatakan tiba kira-kira jam 5 petang tadi.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang ditemui di luar pusat perubatan itu.

“Saya tiada dalam mesyuarat tadi, tetapi beliau datang dalam pukul 5 petang,” katanya kepada Astro AWANI.

BACA: Anwar Ibrahim dibebaskan Selasa ini

Dalam pada itu, difahamkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin turut hadir untuk melawat Ketua Umum PKR itu.

Anwar dijangka dibebaskan Selasa ini.

Perkara ini disahkan oleh anaknya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Advertisement

Must Watch Video