awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir mohon maaf

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/06/2018
07:30 MYT
Tun Mahathir mohon maaf
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra bersama para hadirin pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana hari ini.- fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan pengunjung yang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk bersalaman dengannya.
Berucap pada majlis berkenaan, kehadiran terlalu ramai pengunjung adalah di luar jangkaannya dan beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk terus bersalaman dan menyambut kehadiran pengunjung.
"Terlalu ramai yang hadir, tetamu yang hadir bukan sahaja mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi juga bangsa lain. Ini menggambarkan wajah sebenar Malaysia.
"Ini adalah kebaikan daripada acara rumah terbuka yang diadakan setiap kali setiap kali tibanya hari perayaan di Malaysia, semangat inilah yang dinamakan sebagai perpaduan dan mencerminkan masa depan yang gemilang buat negara," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan pengunjung.
Tun Mahathir juga mengungkapkan rasa terharu apabila kebanyakan rakyat yang ditemui mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri dan berpendapat kejayaan Pakatan Harapan pada pilihanraya umum baru-baru ini adalah hasil sokongan kuat daripada seluruh warga Malaysia.
Tetamu mula berkumpul seawal 8.30 pagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung dari 10 pagi hingga 4.30 petang itu.
Setakat pukul 11 pagi, lebih 10,000 pengunjung telah hadir dan dijangka 70,000 orang akan menghadiri rumah terbuka itu. Ia melebihi jangkaan awal iaitu seramai 50,000 akan hadir ke majlis tersebut.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#perpaduan
#rumah terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan