KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau ada memiliki sejumlah wang yang ditempatkan di luar negara.
Menurutnya lagi, tiada sebarang bukti yang boleh dikemukakan menyatakan beliau memiliki kekayaan di luar negara.
“Sepanjang karier, saya menolak rasuah. Saya melakukan yang terbaik untuk menunjukkan bahawa saya tidak terlibat dengan rasuah. Saya tidak menjalani kehidupan yang mewah.
"Ya, saya membina dua rumah tetapi ia dibina dengan pinjaman kerajaan yang saya berhak dan melalui pinjaman dari bank. Ini tidak mahal dan saya dapat membayar pinjaman dengan gaji dan elaun saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pendapatan yang diperoleh sewaktu menyandang jawatan Perdana Menteri sudah cukup untuk menyara kehidupan dirinya dan keluarga.
Bercakap mengenai soal rasuah, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, adalah penting untuk menolak sesebuah kerajaan yang korup.
“Rakyat kini dilihat tidak lagi mempercayai ahli politik kerana mereka (ahli politik) telah terlibat dengan rasuah.
“Sekiranya rakyat tidak memilih dalam pilihan raya, ahli politik yang korup akan menang kerana mereka akan menyuap penyokong mereka untuk memilih mereka. Maka kerajaan Malaysia akan terus dipimpin oleh ahli politik yang korup,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, budaya rasuah akan secara terus merosakkan masyarakat selain ia mampu mengundang ke arah negara yang merosot apabila ia mula menjadi amalan orang ramai.
Beliau turut memaklumkan elaun berbayar untuk bergerak ke seluruh negara dengan tujuan pekerjaan bahkan ketika bercuti ke luar negara juga diterima dan yang hanya perlu dibayar ialah makanannya dan keluarga serta pakaian.
“Saya tidak meminta biasiswa untuk anak-anak saya. Saya mampu membayar pendidikan mereka. Sebagai Perdana Menteri, saya memperoleh lebih daripada sepuluh kali ganda pendapatan yang saya perolehi sebagai pengamal perubatan swasta.
“Saya tidak membeli saham kecuali 200 saham British American Tobacco yang saya beli sebelum saya menjadi ahli Parlimen. Satu-satunya saham yang saya beli setelah menyertai kerajaan adalah saham Permodalan Nasional dan dana rasmi yang lain," ujarnya.
Selain itu, jelas beliau, sebagai bekas Presiden UMNO, beliau sering ditawarkan sumbangan namun semuanya diberikan kepada parti malahan semua kempen untuk pilihan raya dibayar sendiri kerana pembayaran untuk pekerja parti adalah kecil dan berpatutan.
Selain itu semasa menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menganggap hadiah yang diterimanya sebagai barangan peribadi malahan ia sebagai hadiah kepada Pejabat Perdana Menteri.
“Oleh itu, saya mendaftarkannya sebagai hak milik kerajaan, terutamanya kenderaan bermotor. Semua hadiah ini ada di Galleria di Langkawi dan di kediaman lama saya (rasmi Perdana Menteri) di Kuala Lumpur.
“Semua perkara ini saya lakukan dan lebih banyak lagi untuk mengelakkan saya dituduh melakukan rasuah. Tetapi masih, saya dituduh sebagai rasuah.
“Penolakan untuk mengakui bahawa saya tidak korup mempengaruhi usaha saya membersihkan negara daripada rasuah. Ketika saya cuba berkempen menentang rasuah orang menjadi sinis. Mereka tidak boleh percaya bahawa saya ikhlas kerana nampaknya, saya sendiri sangat korup,” katanya.
Tambah beliau, kempen anti rasuah sangat penting kerana rasuah memberikan kesan negatif seperti mampu merosakkan sesebuah negara dan menyebabkan negara menjadi lebih miskin.
“Kita harus membuat orang sedar bahawa rasuah bukan hanya mengenai penjawat awam yang menerima rasuah tetapi rasuah boleh mengakibatkan penyuapan penjahat untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan atau anggota Parlimen yang disuap untuk menjatuhkan kerajaan.
“Di Malaysia kita sudah sampai ke tahap di mana penjahat dapat membeli anggota kerajaan yang terpilih untuk menjatuhkan kerajaan dan menggantinya dengan anggota yang korup.
“Negara akan menjadi lebih miskin dan akan dipaksa untuk meminjam wang atau meminta bantuan. Kemerosotan negara akan berterusan dan semua rakyat akan menderita,” katanya.
Hilmi Malik
Tue Oct 05 2021
Tun Mahathir menyatakan pendapatan yang diterima sewaktu menyandang jawatan Perdana Menteri sudah cukup untuk menyara kehidupan sekeluarganya. - Gambar fail
Kedai runtuh dibadai ombak besar di Batu Rakit
Premis perniagaan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang diusahakan lebih 20 tahun runtuh akibat hakisan dalam kejadian ombak besar malam tadi.
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.