awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir pemimpin negara luar Afrika tunggal ke ICEA 2019

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/01/2019
11:34 MYT
Tun Mahathir pemimpin negara luar Afrika tunggal ke ICEA 2019
Dr Shazelina Zainul Abidin berkata Dr Mahathir bakal berada sepentas dengan beberapa pemimpin Afrika yang lain
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi satu-satunya ketua kerajaan luar negara Afrika yang bakal menghadiri Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ketiga (Third International Conference on the Emergence of Africa) (ICEA 2019) yang dijadualkan berlangsung di sini bermula Rabu.
Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin berkata Dr Mahathir bakal berada sepentas dengan beberapa pemimpin Afrika yang lain seperti Presiden-Presiden dari Republik Burkina Faso, Ivory Coast, Kenya, Mali, Rwanda dan Senegal.
"Ini merupakan lawatan beliau selepas 27 tahun yang lalu ketika menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 15 (G15) pada 1992.
"Bukan sahaja pemimpin Senegal, malah negara-negara Afrika turut teruja untuk bertemu dengan Dr Mahathir. Malah, terdapat juga pemimpin yang membuat pengesahan kehadiran pada saat akhir selepas mengetahui Dr Mahathir bakal hadir pada persidangan ini,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Tambah beliau, pemimpin Afrika amat teruja untuk mempelajari selok-belok pentadbiran dan pembangunan Malaysia sehingga menjadi sebuah negara membangun yang maju.
"Seperti di Senegal, banyak sistem pentadbiran dan pembangunan di sini mengambil contoh seperti Malaysia termasuk pemindahan pusat pentadbiran daripada ibu negara, sistem keretapi, urus tadbir dan banyak lagi.
“Sesi High Level Panel Discussion tersebut akan memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk berkongsi kejayaan kerjasama antara sektor awam dan swasta di Malaysia selain berkongsi idea dan hala tuju Malaysia dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara membangun di Afrika,” katanya.
Penganjuran ICEA 2019 kali ini adalah bertemakan ‘Emergence, Private Sector and Inclusiveness’ yang akan memberikan fokus kepada usaha mempromosi dan mengukuhkan lagi peranan sektor swasta dalam pelan pembangunan Afrika.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan berkongsi idea dan hala tuju Malaysia dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara membangun di Afrika.
Selain menghadiri ICEA, Dr Mahathir juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Senegal, Macky Sall untuk membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia – Senegal serta mempertingkatkan kerjasama dalam isu-isu serantau dan global.
Malaysia dan Senegal telah menjalin hubungan diplomatik selama 33 tahun dan telah membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan.
Nilai perdagangan antara Malaysia dan Senegal pada tahun 2017 adalah berjumlah RM372.6 juta (USD86.5 juta), dengan nilai eksport negara sebanyak RM364.5 juta (USD84.6 juta) dan nilai import dari Senegal sebanyak RM8.1 juta (USD1.87 juta).
Komponen eksport Malaysia ke Senegal merangkumi kelapa sawit dan produk-produk berasaskan kelapa sawit, produk pertanian dan makanan manakala komponen import dari Senegal merangkumi produk kapas, baja dan mineral, bahan dan produk kimia serta bahan-bahan berasaskan besi.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kenya
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#nilai
#pelaburan
#presiden
#Senegal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan