Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-90, namun, tidak ada sedikit pun tanda-tanda yang beliau akan berhenti memperjuangkan isu-isu kepentingan Negara sehingga sekarang.

Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, masih lagi lantang bersuara tentang isu-isu politik yang mendapat perhatiannya, dan suara beliau masih disanjungi sehingga sekarang.

Sejak kebelakangan ini, anak kelahiran Kedah yang memegang jawatan Perdana Menteri untuk 22 tahun dari tahun 1981 ke 2003 itu, sering mengkritik isu-isu yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, hari jadi pemimpin yang disegani ini akan diraikan secara besar-besaran pada bulan ini.

Sementara itu, anaknya Datin Paduka Marina Mahathir berkongsi ucapan ulang tahun buat ayahandanya di laman Facebooknya hari ini.

Di dalam ucapannya, Marina berhasrat bahawa ayahnya sentiasa mempunyai kekuatan dan keberanuian untuk melakukan apa yang betul.


g


Cucunya, Meera Alyanna Mukhriz, turut berkongsi gambar sambutan Hari Lahir Dr Mahathir, dengan ucapan, ‘Selamat Hari Lahir Tok Det’.

t

Di laman Twitter pula, ucapan Hari Jadi bagi negarawan itu mula melimpah dengan hashtag #TunM90.

Berikut antara ucapan untuk beliau: