awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Musa canselor UMS keempat

Bernama
Bernama
02/11/2025
08:00 MYT
Tun Musa canselor UMS keempat
Tun Musa menyandang jawatan itu untuk tempoh bermula 1 Okt 2025 hingga 31 Dis 2028.
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menerima Watikah Pelantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Keempat dalam satu majlis berlangsung di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.
Watikah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu, disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Ini menyaksikan Tun Musa menyandang jawatan itu untuk tempoh bermula 1 Okt 2025 hingga 31 Dis 2028.
Zambry ketika membacakan watikah pengisytiharan pada majlis itu berkata berdasarkan Subseksyen 10(1) Perlembagaan UMS, Canselor hendaklah menjadi ketua universiti.
"Canselor (juga) hendaklah mempengerusikan mana-mana konvokesyen universiti," katanya.
Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Kasim Mansor.
Menurut maklumat media disediakan UMS, pelantikan Tun Musa, 73, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu amat signifikan, dalam mengukuhkan hubungan erat antara kepimpinan negeri Sabah dan dunia akademik.
"Ia juga mengangkat imej UMS sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi Malaysia Timur, selain memperkasakan rangkaian kerjasama antara universiti, kerajaan dan industri," menurut maklumat UMS itu.
Selain itu, Tun Musa juga menjadi inspirasi kepada warga UMS untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Selain Ketua Menteri, Tun Musa juga pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri Kewangan Sabah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, dan Pro-Canselor UMS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMS
#Tun Musa
#Canselor UMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan