KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai kini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu akibat jangkitan COVID-19.
Tun Sakaran, 91 yang juga bekas Ketua Menteri Sabah ke 8 itu dimasukkan ke hospital swasta itu sejak Rabu lalu dan semalam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, bapanya dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lalu selepas disyaki dijangkiti COVID-19.
"Keadaan beliau (Tun Sakaran) stabil. Bagaimanapun semalam, beliau dimasukkan ke ICU atas nasihat doktor bagi pemantauan yang lebih terperinci dan rapi.
" Setakat ini, ahli keluarga dan anak-anak ada berhubung dengan Tun Sakaran melalui panggilan video," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Nasir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang memberitahu, beliau ada berhubung dengan Tun Sakaran pagi tadi melalui panggilan video.
Katanya, Tun Sakaran juga memaklumkan kesihatannya baik dan dijaga dengan rapi oleh pihak hospital.
"Tadi ayah saya ada mohon orang ramai mendoakan kesihatan beliau kembali sihat dan cepat sembuh," kata Nasir sambil berterima kasih atas doa yang dipanjatkan kepada ayahnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Aug 25 2021
Menurut Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, bapanya dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lalu selepas disyaki dijangkiti COVID-19.
[TERKINI] Selangor FC umum tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih
Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MB Johor yakin kemampuan polis siasat insiden serangan ke atas Safiq
Kerajaan Negeri Johor yakin kewibawaan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengesan individu yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kini mengetuai delegasi Malaysia ke Ottawa, Kanada untuk menjalankan kajian terperinci mengenai konsep pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Komuniti Mengkuang Titi, Peminat Faisal Halim adakan bacaan Yassin
Lebih 300 peminat dan juga komuniti Mengkuang Titi hadir pada majlis bacaan Yassin dan Doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan Faisal Halim.
Penginapan di Madinah selesa dan mesra OKU
Tiga hotel tempat penginapan jemaah haji Muassasah di Madinah iaitu Emaar Royal, Saja Al Madinah dan Movenpick menyambut kumpulan pertama jemaah KT 001 yang akan tiba di Madinah pada pagi, 9 Mei 2024 dan kumpulan lain yang akan menyusul secara berperingkat sehingga Jun ini.
Faisal tersenyum dapat 'sign love'
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berasa lega apabila melihat keadaan pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid, beransur stabil.
Katanya ketika melawat Faisal di wad hospital pada Rabu, Faisal sempat memberikan senyuman sebagai tanda respon kepada mereka.
Katanya ketika melawat Faisal di wad hospital pada Rabu, Faisal sempat memberikan senyuman sebagai tanda respon kepada mereka.
Akhyar Rashid semakin pulih
Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid yang menjadi mangsa samun dan pukul oleh individu tidak dikenali baru-baru ini, semakin positif dan beransur pulih.
Kajang dilanda banjir kilat
Hujan lebat yang melanda sekitar bandar Kajang telah mengakibatkan sebahagian jalan utama di bandar itu dilanda banjir kilat.
Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), banjir kilat tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), banjir kilat tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun
Seorang lelaki OKU ditemui maut dalam keadaan kaki dan tangannya diikat manakala mulutnya disumbat kain dan ditampal pita pelekat di rumah keluarganya di Kampung Guar Perahu, Permatang Pauh, awal pagi Rabu.
Tumpuan Khamis - 09 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah Allayarham Tun Sakaran selamat dikebumikan
Jenazah Tun Sakaran disemadikan pada sekitar 11.45 pagi, mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Tun Sakaran tokoh pemimpin disegani - PM Ismail Sabri
Perdana menteri berkata Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu mempunyai sumbangan besar dalam pembangunan negara.
Tun Sakaran dimasukkan ke ICU akibat jangkitan COVID-19
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai kini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu akibat jangkitan COVID-19.