awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Zaki dilantik Pro-Canselor USIM

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2018
03:53 MYT
Tun Zaki dilantik Pro-Canselor USIM
Tun Zaki Azmi telah menyumbang pengalaman dan kepakarannya dalam pembangunan kurikulum program akademik di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) sejak 2011 - Foto USIM
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi kini dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 15 Julai 2018 hingga 14 Julai 2021.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM, lantikan dibuat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
"Beliau bukanlah tokoh yang asing bagi USIM kerana telah menyumbang pengalaman dan kepakarannya dalam pembangunan kurikulum program akademik di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) sejak 2011 apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di fakulti berkenaan.
"Beliau turut menjadi panel penasihat program Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang sewaktu lawatan pengiktirafan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang pada November 2013 serta sering berkongsi idea melalui syarahan undang-undang kepada pelajar dan staf akademik FSU.
"Pada Majlis Konvokesyen kali Ke-13 USIM pada 2015, Zaki telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Syariah dan Kehakiman sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau kepada institusi kehakiman dan undang-undang," jelas kenyataan berkenaan.
Pihak USIM turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah atas pelantikan Tun Zaki Azmi.
Zaki menjawat jawatan Ketua Hakim Negara dari September 2011 hingga Oktober 2018.
Sebelum itu, beliau pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2007, diikuti Presiden Mahkamah Rayuan, pada tahun sama.
Dalam arena pendidikan tinggi, beliau merupakan Canselor bagi Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Mahsa serta Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Topic Berkaitan
#2015
#Islam
#mahkamah
#Mahkamah Persekutuan
#Mahkamah Rayuan
#Malaysia
#menteri
#pelajar
#pendidikan
#presiden
#Pro Canselor USIM
#Sains
#syariah
#tun zaki azmi
#undang-undang
#Universiti Sains Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan