awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunai haji guna saluran yang betul - Tabung Haji

Bernama
Bernama
22/07/2019
21:40 MYT
Tunai haji guna saluran yang betul - Tabung Haji
TH sentiasa mematuhi prosedur permohonan visa haji dan permohonan luar daripada prosedur ditetapkan dan ketidakpatuhan proses boleh menjejaskan hubungan baik dua negara. - Foto Astro AWAN/Shahir Omar
Orang ramai yang berhasrat menunaikan fardu haji disaran mengikut prosedur permohonan visa haji melalui saluran yang betul, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di sini pada Isnin.
Kenyataan itu memberitahu permohonan mengerjakan haji warganegara Malaysia menetap di Malaysia tertakluk kepada giliran haji bakal jemaah mengikut tahun pendaftaran haji dan permohonan, kelulusan serta pengeluaran visa haji perlu diperoleh melalui Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
"Permohonan untuk melaksanakan haji bagi visa haji Furada adalah di luar bidang kuasa TH. Namun begitu, kedua-dua permohonan visa haji tersebut mestilah dilaksanakan di Kuala Lumpur.
"Sistem e-Haj bagi visa haji yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi memerlukan pemohon melengkapkan data-data seperti perjanjian perumahan di Madinah dan Makkah; perjanjian pengangkutan pergi dan balik dari negara asal; perjanjian sajian makanan serta perjanjian bersama Muassasah," katanya.
Menurut kenyatan itu umum sedia maklum, warganegara Malaysia yang ingin berkunjung ke Arab Saudi pada bila-bila masa, memerlukan visa sama ada visa umrah, haji, ziarah, urusan perniagaan atau visa bekerja.
Kenyataan menjelaskan TH amat menitikberatkan isu keselamatan jemaah haji dan khuatir dengan tindakan beberapa pihak mutakhir ini yang ingin menunaikan ibadat haji melalui jalan darat seperti menggunakan basikal, motosikal dan kenderaan pacuan empat roda.
"Penggunaan jalan darat terdedah kepada risiko keselamatan, kemalangan, kegagalan mendapat visa sekali gus menghalang niat menunaikan haji," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman sebagai berkata TH sentiasa mematuhi prosedur permohonan visa haji dan permohonan luar daripada prosedur ditetapkan dan ketidakpatuhan proses boleh menjejaskan hubungan baik dua negara.
"Kelulusan visa haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi. Walaupun ada kemampuan kewangan, umat Islam perlu faham bahawa kewajipan haji merangkumi penggiliran dalam kuota haji, kesihatan dan keselamatan sepanjang perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Arab Saudi
#Lembaga Tabung Haji
#muassasah
#visa haji
#visa haji Furada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan