Begitu teruja dan ingin melihat dengan lebih dekat jambatan angkat atau 'drawbridge' pertama di Asia Tenggara, orang ramai sanggup berkumpul seawal 6 pagi tadi, sebelum jambatan berkenaan dibuka pada 7 pagi.
Tinjauan Bernama mendapati persimpangan jalan memasuki jambatan angkat dari kedua-dua arah melibatkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dipenuhi kenderaan untuk melalui jambatan sepanjang 638 meter itu.
Sebaik sahaja kon jalan dibuka tepat 7 pagi, pemandu kereta serta penunggang motosikal memasuki jambatan tersebut sambil membunyikan hon menzahirkan rasa teruja mereka menjadi antara yang terawal 'merasmikan' jambatan berkenaan.
Terdapat juga pengunjung sekadar berdiri di tepi jalan merakam gambar dan video pembukaan jambatan itu.
Seorang penduduk tempatan, Fauziah Jusoh, 42, berkata beliau tiba di jambatan tersebut seawal 6 pagi kerana sudah lama berhasrat melihat jambatan angkat itu dengan lebih dekat.
"Apabila dapat tahu jambatan itu akan dibuka hari ini, saya sangat teruja. Tadi selepas sahur dan menunaikan solat Subuh saya terus bersiap ke sini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Fauziah yang berasal dari Kuala Terengganu berkata sebagai anak tempatan beliau bangga menjadi antara terawal melalui jambatan ikonik baharu Terengganu itu.
Sementara itu seorang penduduk Seberang Takir, Muhammad Sollehin Yunus, 38, gembira kerana perjalanan untuk ke pusat bandar dari rumahnya dapat dipendekkan kepada kira-kira 10 minit, berbanding 15 hingga 20 minit sebelum ini.
"Kalau dahulu untuk ke Kuala Terengganu terpaksa melalui jalan yang jauh namun kini ada jalan pintas. Hanya melalui bulatan berdekatan Pantai Teluk Ketapang terus ke jambatan angkat ini dan sekejap sahaja sampai ke Kuala Terengganu," katanya.
Penjawat awam itu menunggu di persimpangan masuk ke jambatan angkat dari arah Kuala Nerus seawal 6.30 pagi.
Jambatan angkat yang mempunyai dua menara setinggi 16 tingkat itu dibuka untuk percubaan hari ini hingga 17 Jun.
Sementara itu, Pengurus Kanan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Razlee Hassan berkata sebanyak 300 hingga 400 kenderaan dijangka melalui jambatan tersebut hari ini.
Namun, beliau berkata orang ramai tidak dibenarkan berjalan kaki di atas jambatan itu untuk mengambil gambar memandangkan laluan pejalan kaki di situ masih ditutup.
"Buat masa ini pejalan kaki kita tidak benarkan sebab pembukaan sementara ini hanyalah untuk percubaan trafik iaitu buka pada kenderaan sahaja sebab kita tidak mahu ada masalah trafik.
"Kena bersabar dahulu untuk bergambar... Insya-Allah selepas 17 Jun ini kita akan umumkan tarikh pembukaan secara rasmi pada masa itu ambillah peluang untuk bergambar," katanya.
Selain itu, beliau berkata bersempena dengan Aidilfitri ini, persekitaran jambatan angkat itu akan dipasang dengan lampu berwarna-warni pada waktu malam dari 4 hingga 7 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019
Sebaik sahaja kon jalan dibuka tepat 7 pagi, pemandu kereta serta penunggang motosikal memasuki jambatan tersebut sambil membunyikan hon. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ramadan: Terengganu benarkan berbuka di kawasan lapang termasuk sekitar Jambatan Angkat
Ia selari dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin
Mercu tanda pelancongan Terengganu itu akan diwarnai cahaya merah, hijau, putih dan hitam bermula jam 7 malam setiap hari selama seminggu.
43 dikompaun ambil angin di dataran drawbridge
Kesemua mereka tidak mematuhi SOP penjarakan fizikal mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi
Pihak yang mengurus pentadbiran dan penyelenggaraan jambatan tersebut berkata, waktu yang sesuai untuk bahagian tengah jambatan tersebut dibuka sedang dibincangkan bersama Jabatan Laut Malaysia.
Terengganu ketatkan penguatkuasaan di jambatan angkat
Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap orang ramai yang tidak mematuhi aspek keselamatan dan peraturan jalan raya sepanjang laluan ke jambatan angkat atau 'drawbridge'.
Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna
Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
Nama 'Jambatan Angkat' diumum ketika dibuka secara rasmi - MB
Nama rasmi jambatan angkat atau 'drawbridge' akan diumumkan ketika ia dibuka secara rasmi kelak, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Tunggu seawal 6 pagi untuk gunakan jambatan angkat
Persimpangan memasuki jambatan angkat dari kedua-dua arah melibatkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dipenuhi kenderaan.
'Drawbridge' Terengganu dibuka pada umum bermula 2 Jun
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan jambatan itu sehingga 17 Jun ini adalah untuk pentauliahan.
Lalu sahaja, jangan berhenti ambil gambar di Drawbridge - Ahmad Samsuri
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan selama 16 hari itu memberi peluang kepada orang ramai memanfaatkan kemudahan itu pada perayaan Aidilfitri nanti.