Suzuki mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan model Vitara terbaru sewaktu Paris Motor Show pada bulan Oktober nanti. Mengikut siaran akhbar tersebut, generasi terbaru Vitara ini akan menggunakan teknologi Allgrip 4WD generasi terkini serta memberikan penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Hanya satu imej model baru ini diberikan, tiada lagi maklumat pasti mengenainya, melainkan ia akan berasaskan model konsep iV-4 yang telah awal-awal lagi dipertontonkan kepada dunia di Frankfurt Motor Show 2013 (gambar di sini). Jika itu yang menjadi inspirasi Vitara baru ini, ini bermakna ia akan mampu untuk memberi banyak pilihan dan personalisasi kepada pembeli, termasuk pelbagai warna dan tekstur untuk bahagian-bahagian kereta yang berbeza.

Berat juga akan diminimakan untuk membantu di dalam kadar penghasilan gas CO2 yang paling rendah dalam kelasnya.

Perkembangan terkini akan dihebahkan di sini apabila maklumat baru mula tiba.
{^youtubevideo|(width)640|(height)385|(rel)False|(autoplay)False|(fs)True|(url)http://www.youtube.com/watch?v=KlKz8OoIw3U|(loop)False^}