awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Azizah berkenan melawat CENTEXS Sarawak

Bernama
Bernama
04/07/2022
23:00 MYT
Tunku Azizah berkenan melawat CENTEXS Sarawak
Tunku Hajah Azizah berkenan mencuba bakat menyulam keringkam ketika melawat Akademi Teknologi Warisan dan Gastronomi di CENTEXS, Kuching, semalam. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan berangkat ke Heritage Technology dan Gastronomy Academy di Centre of Technical Excellence (CENTEXS) di sini.
Baginda yang tiba di CENTEXS pada 3 petang meluangkan masa kira-kira tiga jam, melihat pameran tenunan keringkam dan songket serta sulaman manik dihasilkan oleh pelatih di akademi tersebut.
Tunku Azizah diiringi Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Baginda turut dipersembahkan dengan peragaan busana songket kontemporari dengan sentuhan moden oleh pereka fesyen tempatan Datuk Raymond Jolly, Wan Bainun Wan Zaizodin, Datuk Asfarena Samion Mon dan Harizan Khaider.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#songket
#Keringkam
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan