KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah bahawa golongan muda harus berani dan memulakan inisiatif bagi membantu memulihkan dunia kepada keadaan yang lebih baik dalam mengharungi pandemik COVID-19.
Bertitah pada Global Youth Mobilisation secara maya malam semalam, Seri Paduka berpandangan golongan muda harus diberi peluang dan sokongan untuk memainkan peranan mereka sebagai warga dunia yang aktif menyumbang.
Titah baginda, golongan muda bersemangat, berbakat serta kreatif, dan penularan pandemik itu menunjukkan bahawa mereka juga panjang akal untuk terus belajar dan menyesuaikan diri sekalipun berdepan gangguan besar dalam pendidikan mereka.
"Kita telah lihat golongan muda melakukan kerja sukarela, menyokong petugas barisan hadapan, membangkitkan kesedaran awam, dan paling tidak, menjadi warga yang bertanggungjawab dengan mematuhi garis panduan pencegahan penularan COVID-19.
"Kita juga telah melihat usaha pertubuhan belia seperti yang dilakukan oleh Big 6 dalam memastikan pembelajaran orang muda tidak terhenti di sebalik segala gangguan itu," titah baginda dalam video bersempena Global Youth Mobilisation.
Tunku Azizah turut menzahirkan rasa gembira diundang bertitah pada Global Youth Mobilisation, satu inisiatif oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Big 6 Youth Organisations, dan sebagai ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri serta selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, baginda bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.
"Beta juga mengucapkan tahniah kepada WHO dan Big 6 Youth Organisations kerana proaktif dalam mengiktiraf maklum balas positif bahawa orang muda boleh menyumbang kepada usaha menangani pandemik COVID-19 dan memainkan peranan aktif dalam usaha pemulihan dengan mewujudkan platform ini serta sumber untuk menyokong mereka," titah baginda.
Tunku Azizah turut menggesa semua kerajaan, perniagaan dan komuniti menyokong golongan muda menerusi inisiatif Global Youth Mobilisation itu.
Sementara itu, Seri Paduka bertitah pendidikan tidak formal telah diterima guna untuk dilaksanakan oleh golongan muda di rumah dan secara maya.
Malah titah baginda, lebih banyak hubungan antarabangsa yang menyumbang kepada persefahaman dan keamanan dunia berlaku melalui program dan acara maya melibatkan golongan muda dari pelbagai negara pada masa ini.
"Kami sangat bangga apabila dua ahli Pandu Puteri dari Malaysia dapat berucap pada forum kesaksamaan generasi di Mexico kerana kalau pada hari-hari biasa, usaha ini akan melibatkan kos yang banyak untuk membawa mereka ke sana.
"Memetik Mia Arissa, ahli Pandu Puteri berusia 11 tahun dari Malaysia yang berucap pada forum itu baru-baru ini: 'Kami merupakan pelaburan tanpa perbelanjaan. Jangan pandang rendah potensi kami hanya kerana kami dianggap muda. Anak gadis juga boleh lakukan banyak perkara jika diberikan peluang berbuat demikia'," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021
Seri Paduka berpandangan golongan muda harus diberi peluang dan sokongan untuk memainkan peranan mereka sebagai warga dunia yang aktif menyumbang. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.