awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong maut terjatuh dari tembok Pantheon di Rom

Bernama
Bernama
25/10/2025
13:21 MYT
Pelancong maut terjatuh dari tembok Pantheon di Rom
Portal berita Roma Today pada Sabtu melaporkan bahawa pelancong itu mungkin cuba berswafoto namun hilang imbangan. - Reuters
ROM: Seorang pelancong maut selepas terjatuh dari tembok luar bangunan Pantheon di Rom, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lelaki warga Jepun berusia 70 tahun itu dilaporkan terjatuh kira-kira tujuh meter ke dalam parit pada Jumaat malam, menurut pihak berkuasa.
Pasukan kecemasan tiba dengan segera di lokasi kejadian di bangunan purba itu, namun hanya mampu mengesahkan kematian mangsa. Pasukan bomba memecahkan pintu pagar untuk sampai kepadanya, tetapi segala usaha menyelamat sudah terlambat untuk menyelamatkan mangsa.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kejadian. Portal berita Roma Today pada Sabtu melaporkan bahawa pelancong itu mungkin cuba berswafoto namun hilang imbangan.
Pantheon adalah antara bangunan peninggalan zaman Rom purba yang paling terpelihara dan kini menjadi antara mercu tanda paling terkenal di Rom.
Maharaja Rom Timur, Phocas menghadiahkan kuil pagan itu kepada Paus Boniface IV pada tahun 609, yang kemudiannya menukarkannya menjadi gereja. Kebanyakan raja Itali serta beberapa artis terkenal turut dikebumikan di situ.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#pelancong terjatuh
#Pantheon
#Rom
#warga emas jepun
#swafoto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan