Polis nafi berlaku kes bunuh di pekan lama Kuala Selangor

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.
SHAH ALAM: Polis menafikan berlaku kejadian pembunuhan melibatkan seorang pelajar di sekitar pekan lama Kuala Selangor, dekat sini seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.
"Tiada pelajar sekolah dibunuh di tempat itu dan tiada kes bunuh kanak-kanak sama ada di tempat itu atau tempat lain (sekitar Kuala Selangor)," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu tular sekeping gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikatakan pelajar dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai menjual cermin mata yang didakwa berlaku di kawasan pekan lama Kuala Selangor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


