awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
05/12/2019
00:10 MYT
Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima
TUNKU AZIZAH: Selama ini saya sangka pendidikan wajib bagi anak-anak Malaysia ialah sehingga Tingkatan Lima. - Gambar fail
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengesyorkan kepada pihak kerajaan agar mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan Lima.
Perkara itu diluahkannya menerusi akaun Twitter rasminya @cheminahsayang selepas baginda meluahkan rasa dukacita apabila mengetahui syarat persekolahan hanya diwajibkan sehingga ke Tahun Enam.
“Saya selama ini menyangka pendidikan wajib ialah sehingga Tingkatan Lima. Hari ini baru saya dapat tahu ia hanya wajib hingga Tahun Enam.
“Jadi, saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak,” tulisnya.
BACA: Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM
Seperti biasa, muat naik berkenaan menarik perhatian netizen.
Rata-rata, ramai yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan Raja Permaisuri Agong.
i always thought education is compulsory till form 5 n was shocked to learn today that school is only compulsory till std 6. jadi sy ingin syor kan kpd kjaan msia supaya semua rakyat msia di wajibkan bersekolah sehingga tingkatan 5,to eradicate poverty n end child marriage
— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 4, 2019
Saya setuju Tuanku. Kerajaan perlu bantu anak yang miskin.. free kan yuran sekolah.. bantu golongan miskin ..jangaan taknak bantu pula.. sebab golongan miskin mdmang pedlukan bantuan..kalau kerajaan tak bantu maka kepada siapa mereka nak minta tolong
— AliDeen_minda (@Sunstar27) December 4, 2019
This is good iniative! Tapi ramai jugak orang miskin tak mampu tanngung belajar sampai F5. Mungkin Tuanku boleh buat sesuatu mcm program biasiswa ke
— The Huda (@nabilahudatahar) December 4, 2019
Setuju tuanku, tp kerajaan kena buat kajian utk basmi kemiskinan sbb bg sy kemiskinan is the main factor yg buatkan this thing happen.
— mat (@oakmrdn) December 4, 2019
Very well said Tuanku. Making education compulsory until form 5 at least is truly a need for our nation. Hope it will equal regardless of any socioeconomic status and races in our country. Being an educator myself it is indeed a great concern on the future generation.
— Pauline Georgina (@PaulineGeorgina) December 4, 2019
Awal tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pernah menyatakan, kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan kanak-kanak melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima.
Katanya, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah mungkin berdepan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan.
Akta tersebut ketika ini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam sahaja.
Topic Berkaitan
#Akta Pendidikan
#Kanak-kanak
#kerajaan
#Malaysia
#pendidikan
#pendidikan wajib
#perkahwinan
#Raja Permaisuri Agong
#rakyat
#rakyat Malaysia
#sekolah
#Sekolah Menengah
#sekolah rendah
#Tahun Enam
#Tingkatan Lima
#Tunku Azizah
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan