KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran, Program Membudayakan al-Quran Peringkat Negeri Johor 1447H/2026M.
Majlis itu berlangsung di Masjid Sultan Ismail, Johor Bahru pada Jumaat.
Advertisement
Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Dalam hantaran di media sosial, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Serahan Zakat serta Kurniaan Bantuan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Menerusi hantaran berasingan, baginda dalam titah ucapan sempena hari Nuzul al-Quran turut menyeru agar kitab suci itu diamalkan sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan.
“Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.
“Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1447 Hijrah,” titah baginda.