Tuntutan 40 peratus hasil Sabah: "Satu permulaan yang berkesan dan konstruktif" - Jawatankuasa khas

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah hari ini menandakan permulaan yang berkesan dan konstruktif dalam usaha mengkaji semula pemberian khas kepada negeri itu.
Ringkasan AI
- Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bermula secara berkesan dan konstruktif, bertujuan mengkaji semula pemberian khas kepada Sabah berdasarkan formula 40 peratus hasil bersih Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
- Perbincangan di mesyuarat tersebut menunjukkan komitmen kedua pihak untuk melaksanakan perbincangan secara progresif dengan semangat kerjasama, saling menghormati, dan perkongsian data serta maklumat kewangan yang diperlukan, menegaskan keyakinan bahawa penyelesaian yang memberi manfaat bersama dapat dicapai.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memperincikan terma rujukan dan kaedah berkaitan pemberian khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil serta menetapkan tempoh untuk menentukan terma rujukan dan kaedah tersebut sebelum tamat tempoh berbaki 60 hari seperti yang ditetapkan mahkamah sebelum ini.
“Kedua-dua pihak menegaskan komitmen untuk melaksanakan perbincangan secara progresif dengan semangat kerjasama, saling menghormati dan persefahaman, termasuk perkongsian data dan maklumat kewangan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan lagi, wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah menegaskan komitmen untuk meneruskan perbincangan secara progresif dengan semangat kerjasama, saling menghormati dan persefahaman, termasuk perkongsian data serta maklumat kewangan yang diperlukan.
Dalam masa sama, kedua-dua pihak turut menyatakan keyakinan bahawa mesyuarat ini menjadi landasan kukuh untuk mencapai penyelesaian yang memberi manfaat bersama.
Hari ini juga, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperincikan terma rujukan serta kaedah berkaitan pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah.
Fadillah berkata, jawatankuasa itu perlu menentukan terma rujukan serta kaedah pemberian berkenaan dalam tempoh terdekat ini, iaitu lebih awal sebelum tamat tempoh berbaki 60 hari lagi seperti ditetapkan mahkamah sebelum ini.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan status kerajaan Sabah sebagai 'caretaker' atau kerajaan sementara ketika ini tidak menghalang rundingan berkaitan Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil diperoleh dari wilayah itu diadakan bersama Kerajaan Persekutuan.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini memutuskan kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad sejak 1974.
Mahkamah berkenaan juga mengarahkan Kerajaan Persekutuan menyemak semula hak 40 peratus hasil bersih Sabah dalam tempoh 90 hari, bermula sejak 17 Oktober lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


