Skip to main content

Sukan

ACLE: Machida Zelvia bakal berdepan Al-Ahli di pentas akhir

Perseteruan Asia Barat dan Asia Timur di Final Liga Juara-Juara Asia berterusan apabila Machida Zelvia berjaya melengkapkan slot pentas final selepas menewaskan cabaran Shabab Al-Ahli menerusi kemenangan tipis 1-0.
Ini merupakan pentas final sulung buat Zelvia di kejohanan elit ini. - Stadium Astro

PERSETERUAN Asia Barat dan Asia Timur di Final Liga Juara-Juara Asia (ACLE) berterusan apabila Machida Zelvia berjaya melengkapkan slot pentas final selepas menewaskan cabaran Shabab Al-Ahli menerusi kemenangan tipis 1-0.

Dan keghairahan Zelvia untuk temui penyudah sempurna terhasil ketika aksi melewati minit ke-12 menerusi kecekapan Yuki Soma yang bijak mematahkan pertahanan lemah lawan.

Advertisement

Pasukan berpangkalan di Jepun itu turut miliki peluang untuk menggandakan kelebihan dua minit kemudian tapi sayangnya percubaan tersebut mudah dibaca penjaga gol Shabab.

Shabab juga miliki peluang untuk mengejar namun sayangnya percubaan minit ke-35 Kauan Santos sekadar terkena palang.

Dan usaha pasukan dari Emiriah Arab Bersatu itu sekali lagi hampir temui kejayaan namun jaringan yang diperoleh mereka tidka dikira pengadil untuk keputusan 1-0 kekal memihak Zelvia.

Ini merupakan pentas final sulung buat Zelvia di kejohanan elit ini dan juga pertembungan final keempat buat pasukan dari Arab Saudi dan Jepun sejak penganjuran kejohanan ini di abad ke-21. -- Stadium Astro

Must Watch Video