Tuntutan royalti petroleum RM12 bilion oleh kerajaan negeri Kelantan tidak bersandarkan kepada asas-asas munasabah, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri (PMO).
Menurut PMO, tuntutan itu bukan sahaja tidak munasabah dari segi perundangan, tetapi juga dari tatacara teknikal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran gas dan minyak di kawasan yang terlibat.
"Mengikut undang-undang, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan, sepertimana juga Negeri Terengganu dan semua negeri di Semenanjung Malaysia hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran hasil petroleum yang dikeluarkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari ukuran garis air surut ataupun pesisiran pantai negeri," menurut PMO.
Menurut PMO, kawasan-kawasan yang mengeluarkan hasil petroleum di luar perairan negeri Kelantan adalah Blok PM301, Blok PM2, Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) dan Kawasan Pengaturan Komersil di antara Malaysia and Vietnam (PM3 CAA).
"Blok PM301 dan Blok PM2 melebihi tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai Negeri Kelantan tetapi berada dalam kawasan perairan Malaysia. MTJDA pula merupakan kawasan yang dituntut Thailand dan PM3 CAA merupakan kawasan yang dituntut Vietnam," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan.
Menurut PMO, kawasan yang dituntut Thailand iaitu MTJDA adalah di bawah pihak berkuasa bersama Malaysia-Thailand (MTJA) yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti-aktiviti di dalam kawasan ini dan bukan hanya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sahaja.
"Ini adalah kerana isu sempadan laut di antara kerajaan Malaysia dan Thailand sehingga kini masih belum diselesaikan secara muktamad," kata PMO.
Oleh itu, Malaysia dan Thailand telah memeterai Memorandum Persefahaman yang perlu dipatuhi kedua-dua negara selagi isu sempadan laut tidak dapat diselesaikan, menurut PMO.
"Ini adalah untuk mengelakkan pertelingkahan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara telah bersetuju supaya bayaran lima peratus daripada nilai pengeluaran petroleum dibuat kepada Malaysia, dan Thailand juga menerima lima peratus daripada nilai pengeluaran petroleum," menurut PMO.
Menurut PMO, kawasan ini telah mengeluarkan hasil semenjak tahun 2005 dan sehingga tahun 2012, kerajaan Persekutuan telah menerima bayaran berjumlah US$600.27 juta ataupun RM2.1 bilion daripada kawasan tersebut.
Menurut PMO, berdasarkan perjanjian di antara Malaysia dan Vietnam bagi kawasan tuntutan Vietnam iaitu PM3 CAA, Kerajaan Persekutuan menerima bayaran lima peratus iaitu sejumlah RM2.2 bilion daripada hasil yang dikeluarkan di kawasan tersebut semenjak tahun 2005.
"Kerajaan Persekutuan telah menerima sejumlah RM285.1 juta hasil daripada pengeluaran petroleum di kawasan Blok PM301 dan Blok PM2 yang bermula pada tahun 2009," menurut PMO.
Memandangkan Blok PM301 dan Blok PM2 terletak di luar perairan Negeri Kelantan kerana melangkaui tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai negeri itu, kerajaan Kelantan tidak layak dari segi undang-undang untuk mendapat bayaran daripada hasil pengeluaran kedua-dua blok itu," menurut PMO.
Menurut PMO, kerajaan Persekutuan tetap membuat bayaran kepada negeri Kelantan dalam bentuk wang ehsan daripada hasil pengeluaran kedua-dua blok itu di mana sehingga Februari tahun ini, bayaran tunai yang dikreditkan ke Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah berjumlah RM142.6 juta.
"Daripada jumlah tersebut sebanyak RM100.8 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan untuk membiayai program wang ehsan seperti bantuan bagi pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), khairat kematian, membaiki rumah bagi golongan miskin, bantuan bencana, bantuan persekolahan dan bantuan anak yatim," menurut PMO.
Selain itu, tuntutan RM12 bilion kerajaan negeri Kelantan adalah tidak munasabah kerana jumlah bayaran yang diterima oleh kerajaan Persekutuan daripada kesemua empat kawasan, iaitu MTJDA (Malaysia-Thailand), PM CAA (Malaysia-Vietnam), Blok PM301 dan Blok PM2 yang mengeluarkan hasil petroleum sehingga kini adalah RM4.58 bilion.
"Kerajaan Negeri Kelantan bukan sekadar menuntut apa yang tidak termaktub dalam undang-undang bahkan tuntutan mereka itu berkali-kali ganda lebih daripada apa yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan.
"Memandangkan tuntutan ini tidak ada asasnya, maka tindakan pihak-pihak tertentu dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti untuk mengelirukan rakyat Kelantan adalah amat dikesali," kata PMO.
Menurut PMO, kerajaan Persekutuan sebenarnya berbelanja dalam jumlah yang lebih besar melebihi jumlah hasil yang dikutip daripada negeri Kelantan.
Menurut PMO, umpamanya bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012, perbelanjaan kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM26.37 bilion berbanding hasil yang dikutip daripada negeri Kelantan bagi tempoh yang sama berjumlah RM2.07 bilion.
"Jika dinisbahkan, jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berbanding dengan kutipan hasil di negeri Kelantan, adalah sangat besar, iaitu 13:1.
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan adalah merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM20.03 bilion, perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.84 bilion dan pemberian kepada kerajaan negeri berjumlah RM1.5 bilion.
Hasil dikutip dalam bentuk Cukai Langsung oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM1.41 bilion, Cukai Tak Langsung oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjumlah RM0.31 bilion dan Hasil yang dipungut oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjumlah RM0.35 bilion.
Selain itu menurut PMO, kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.
"Kerajaan Persekutuan telah melantik ahli-ahli yang non-partisan, pakar-pakar dalam bidang berkenaan dan wakil-wakil Kerajaan Negeri yang terlibat untuk menganggotai Jawatankuasa Khas ini yang akan menentukan sama ada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berhak dari segi undang-undang menerima bayaran tunai hasil petroliam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan kaedah pembayarannya," menurut PMO.
"Jelas daripada semua yang tersebut di atas, Kerajaan Persekutuan telah berlaku adil kepada negeri dan rakyat Kelantan," menurut PMO sambil menambah, ini membuktikan keterbukaan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan perselisihan faham antara semua pihak secara munasabah dan konstruktif.
Usaha Kerajaan Persekutuan ini adalah untuk menjamin bahawa hak-hak semua pihak ditentukan berlandaskan undang-undang yang terpakai pada masa kini, menurut PMO.
Bernama
Tue Apr 02 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tidak timbul konflik antara JPKKP dengan penghulu negeri
Pelantikan 636 Pengerusi JPKKP atau penghulu di Kelantan tidak akan menimbulkan sebarang konflik dengan penghulu lantikan kerajaan negeri.
MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.
Bubar DUN: Kelantan kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan kini ditadbir oleh kerajaan sementara (caretaker goverment) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
Kerajaan Kelantan rancang bina telaga tiub tangani masalah air
Kerajaan Kelantan akan membina telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah bekalan air bersih kritikal di negeri ini susulan musim panas yang melanda.
Kerajaan peruntuk RM6.4 bilion projek infrastruktur di Kelantan - Fadillah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion setakat ini membabitkan pelaksanaan 54 projek merangkumi infrastruktur dan pembangunan di negeri Kelantan.
Rakyat Kelantan bahagia, pentadbiran negeri di landasan betul - Mohd Amar
Tidak dinafikan ada kelemahan dalam pentadbiran, namun secara umumnya rakyat Kelantan merasa gembira tinggal di Kelantan.
Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.