Kerajaan Turkmenistan berhasrat melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, hasrat itu disampaikan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov ketika beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin berkenaan pada Ahad (27 Oktober).
“Saya ada berbincang dengan Presiden (Turkmenistan) dan dia mengalu-alukan peranan Petronas di Turkmenistan. Dia menyatakan hasratnya supaya Petronas terus aktif di sini dan dia cakap extension (lanjut) (PSC) selama 10 tahun lagi,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada malam Ahad (27 Okt), sebelum mengakhiri lawatan rasmi dua hari beliau ke Turkmenistan pada Isnin.
Pada 1996, Petronas diberikan PSC selama 32 tahun yang berakhir pada 2028 untuk mengeluarkan gas asli di kawasan Blok 1 di Laut Caspian.
Ketika ini Turkmenistan berada di kedudukan keempat teratas di dunia yang mempunyai simpanan gas asli bawah tanah, selepas Russia, Iran dan Qatar.
Simpanan gas asli yang ada sekarang ialah sebanyak 20 trilion meter padu, namun jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana masih banyak kawasan di negara itu yang masih belum diteroka.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pelanjutan PSC itu menunjukkan kerajaan Turkmenistan berpuas hati dengan peranan yang dilakukan Petronas dan beliau yakin negara tersebut akan mempertimbangkan konsesi lain kepada syarikat petroleum nasional itu.
Beliau berkata di Turkmenistan, Petronas terlibat 100 peratus dalam aktiviti mengeluarkan minyak dan gas di negara berkenaan, berbanding 15 peratus di Azerbaijan.
Sebelum melakukan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan, Dr Mahathir berada di Azerbaijan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, semasa pertemuannya dengan Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan itu telah menyuarakan hasratnya supaya diadakan pameran barangan Malaysia di negara tersebut.
Beliau berkata, Berdimuhamedov juga berpendapat bahawa banyak bidang yang boleh dikembang dan ditingkatkan antara Malaysia dan Turkmenistan.
“Kita mendapat sambutan amat baik, mereka very friendly (sangat mesra) dan saya berpendapat kita boleh adakan dagangan dengan mereka walaupun jumlah penduduknya cuma lima juta orang, tetapi ada (hasil) pendapatan daripada minyak. Mereka kaya, jadi ada baik bagi kita mengambil bahagian dalam dagangan dengan mereka.
“Mereka juga berhasrat supaya mengadakan shipbuilding (pembinaan kapal) di sini, dan kita mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan shipbuilding... kita boleh periksa (lihat) sama ada kita boleh ambil bahagian dalam shipbuilding di sini,” katanya.
Pada Ahad (semalam), Dr Mahathir dan Berdimuhamedov, mengadakan mesyuarat terhad diikuti mesyuarat dua hala dan majlis pemeteraian program kerjasama.
Delegasi Malaysia termasuk Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama Gurbanguly Berdimuhamedov selepas sesi bersama media dan mesyuarat dua hala pada majlis sambutan rasmi di Istana Presiden sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Ashgabat, Turkmenistan. - Gambar BERNAMA
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Turkmenistan hasrat lanjut PSC kepada Petronas sehingga 2038 - Dr Mahathir
Kerajaan Turkmenistan berhasrat melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038
Saya janji tidak akan duduk lama, cuma masalah negara amat besar - Tun M
Apabila saya puas hati, saya tidaklah akan teruskan tetapi saya tak dapat nak bagi masa tertentu kerana masalah negara ini amat besar dan tak mudah untuk kita selesaikan, kata Dr Mahathir.
Nafas baharu dalam hubungan Malaysia-Turkmenistan
Dibayangi oleh sejarah Perang Dingin, Malaysia dan Turkmenistan dahulu tidak sejajar dan berasingan sama ada mengikut Blok Barat atau Blok Timur.