MALAYSIA
TVET: 60,000 permohonan belajar di Kolej Vokasional

Jumlah permohonan itu membuktikan respons yang begitu baik oleh generasi muda terhadap pembangunan pendidikan TVET. - Gambar hiasan
TAIPING: Kira-kira 60,000 permohonan diterima untuk menyertai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Vokasional di seluruh negara, hingga kini.
Ringkasan AI
- Sebanyak 60,000 permohonan diterima untuk menyertai bidang TVET di Kolej Vokasional seluruh negara, menunjukkan sambutan positif generasi muda terhadap pendidikan teknikal dan vokasional.
- Kementerian Pendidikan memiliki 86 Kolej Vokasional dengan kapasiti 17,000 pelajar, dan pelbagai pelan telah dirancang untuk memperkasakan kemahiran praktikal serta memperluas latihan industri kepada lepasan TVET.
- Kebolehpasaran graduan TVET mencapai 99 peratus, membuktikan keberkesanan program ini dalam menyediakan peluang melanjutkan pelajaran atau pekerjaan stabil berdasarkan kemahiran yang dimiliki.
"Pelbagai pelan TVET juga telah dirancang untuk kita memperkasakan Kolej Vokasional dan memperbaiki kemahiran praktikal dari semasa ke semasa. Latihan industri itu juga akan diperluaskan kepada lepasan TVET," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Udara Taiping 2025 di Lapangan Terbang Tekah di sini hari ini.
Wong yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata kebolehpasaran graduan TVET telah mencapai 99 peratus berdasarkan laporan yang diterima beberapa tahun kebelakangan ini
Beliau berkata pencapaian itu amat baik kerana generasi muda yang keluar dari pendidikan vokasional berpeluang melanjutkan pelajaran atau memperoleh pekerjaan yang stabil berdasarkan kemahiran yang dimiliki mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami