Twitter menyambut ulang tahun ke-8 dengan membenarkan orang ramai untuk semak tuit pertama mereka.

Menerusi laman web khas, first-tweets.com, anda hanya perlu masukkan nama Twitter anda (atau rakan anda) dan ia akan menunjukkan tuit pertama yang dikongsi.

Dalam satu blog entri sempena ulang tahun ini, Twitter berkata jutaan pengguna telah menggunakan platform ini dengan cara yang menyeronokkan untuk berhubung di antara satu sama lain.

"Tuit pertama itu yang memulakan perbualan, penggunaan gambar untuk bercerita atau mendedahkan sisi peribadi," tulis Twitter.

Berikut adalah tuit pertama personaliti Astro AWANI, mungkin ada yang sedikit memalukan jika dibaca pada masa kini.

















Teruskan ke first-tweets.com dan kongsi tuit pertama anda bersama kami!