awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE, Mesir lakukan guguran udara bantuan kemanusiaan ke-9 di Gaza

Bernama
Bernama
17/03/2024
15:19 MYT
UAE, Mesir lakukan guguran udara bantuan kemanusiaan ke-9 di Gaza
Operasi bersama itu dilakukan dengan dua pesawat membawa 33 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan. - Reuters
ISTANBUL: Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir telah melakukan guguran udara bantuan kemanusiaan kesembilan mereka di Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Operasi bersama itu dilakukan dengan dua pesawat membawa 33 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan, kata "Joint Operations Command" Kementerian Pertahanan UAE dalam hantarannya di halaman X.
Kementerian Pertahanan Mesir berkata Tentera Udara Mesir meningkatkan aktiviti penyampaian bantuan udaranya dari Lapangan Terbang Al-Arish yang diselaraskan dengan Tentera Udara UAE.
Guguran udara itu merupakan sebahagian daripada operasi "Birds of Goodness" bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.
Sejak pelancaran inisiatif itu pada 29 Feb, kira-kira 405 tan bantuan kemanusian telah disampaikan ke Gaza, katanya.
Lebih daripada 31,500 warga Palestin di Gaza maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain 73,546 yang lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar dan kekurangan bekalan asas.
Serangan Israel mengakibatkan 85 peratus daripada populasi di Gaza kehilangan tempat tinggal selain daripada menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan sementara 60 peratus daripada infrastrukturnya rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Satu perintah sementara dikeluarkan pada Januari lepas kepada Tel Aviv supaya ia memastikan tenteranya tidak melakukan genosid dan menjamin bantuan kemanusian diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#UAE
#Mesir
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan