KETUA jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, percaya semangat melawan yang tinggi mampu menjadi senjata utama The Reds Warriors (TRW) untuk keluar daripada badi kekalahan tiga perlawanan berturut-turut apabila menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.
“Saya mahu pemain kami mengubah sikap dan pamerkan semangat juang yang tinggi semasa bertemu Perak malam ini. Tanamkan sepenuh keyakinan bahawa TRW mampu memberikan aksi terbaik dan jangan cepat mengalah biarpun sedang ketinggalan.
“Satu perlawanan yang menarik dan sukar sebenarnya menentang Perak di gelanggang mereka. Namun, kami akan cuba menyerap segala tekanan untuk mencuri mata di Ipoh,” katanya.
Zahasmi juga menjelaskan tidak banyak rombakan yang bakal dilakukan kerana kesuntukan masa dan berharap tonggak senior sentiasa memberi aksi lebih baik dan membimbing pemain muda.
“Kami (TRW) akan menggunakan pemain yang ada untuk menghadapi Perak malam ini. Pemain senior akan dikekalkan bagi memberi keseimbangan dalam pasukan. Harap mereka dapat bimbing pemain muda dan jangan melakukan kesilapan mudah,” katanya.
Ditanya mengenai peluang penyerang import, Alessandro Celin, untuk diturunkan malam ini, Zahasmi menjelaskan pemain itu masih belum pulih sepenuhnya dan terlepas peluang untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.
“Selain Celin, Norfarhan (Muhammad) dan Daudsu (Jamaluddin) bakal tersisih malam ini akibat kecederaan.
“Namun, kami harap penyerang utama, Muhammad Ghaddar, dapat beraksi untuk menambah sengat di barisan serangan,” katanya.
Zahasmi turut menuntut pertahanan import dari Gambia, Mamadou Danso, supaya membuktikan kehebatan sebenar untuk mengawal barisan pertahanan daripada mudah dibolosi penyerang lawan.
“Dia sepatutnya memainkan peranan lebih efektif di benteng pertahanan. Terus fokus di atas padang dan jangan lakukan kesilapan sebagaimana tiga perlawanan terdahulu,” katanya.
Kelantan turun dengan misi untuk sekurang-kurangnya memungut satu mata dari Ipoh dan menghapuskan igauan ngeri tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Astro Arena
Wed Mar 01 2017
ZAHASMI: Satu perlawanan yang menarik dan sukar sebenarnya menentang Perak di gelanggang mereka.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Yusri Che Lah mahu pemain kekal beri tumpuan
Yusri tidak mahu pemainnya hilang tumpuan pada baki perlawanan selepas ini untuk memperoleh mata bagi menyelamatkan pasukan.