awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah suai nombor plat kereta Singapura isi RON95, warga emas didenda RM9,000

Sinar Harian
Sinar Harian
14/01/2026
03:35 MYT
Ubah suai nombor plat kereta Singapura isi RON95, warga emas didenda RM9,000
Sa K0w (kanan) berbincang dengan peguam sebelum pertuduhan dilakukan di Mahkamah Majistret Kulai hari ini. - Foto Sinar Harian
KULAI: Seorang lelaki warga emas didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kereta yang bukan milik kenderaan tersebut pada awal bulan ini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kereta palsu di stesen minyak di Kulai.
  • Tertuduh, seorang pemastautin tetap Singapura, mengaku menggunakan nombor palsu untuk mendapatkan subsidi minyak RON95.
  • Tertuduh juga mengubah nombor pendaftaran kenderaannya daripada SLJ 8967 M kepada LJ 8967 untuk tujuan tersebut.

Long Sa Kow, 64, yang merupakan pemastautin tetap Singapura selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret R Salini.
Mengikut pertuduhan, Sa Kow didakwa, sebagai pemandu kereta jenis Volkswagen Jetta, kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan berkenaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kulai, kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87), yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh antara satu hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli.
Sharmaine dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum memandangkan OKS merupakan pesara yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
“OKS menanggung seorang isteri yang merupakan suri rumah dan tiga orang anak, di mana dua daripadanya masih bersekolah. Ini adalah kesalahan pertamanya dan dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini serta akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran.
“Hukuman ini bukan sahaja supaya OKS tidak mengulangi perbuatan itu, tetapi juga sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.
“Mahkamah boleh meneliti niat OKS yang mengubah serta mempamerkan nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak rakyat Malaysia, termasuk mendapatkan minyak subsidi RON95,” katanya.
Berdasarkan fakta kes yang diakui benar oleh OKS, pada 4 Januari lalu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah mengesan satu video di Facebook yang memaparkan sebuah Volkswagen Jetta berwarna perak bernombor pendaftaran LJ 8967 sedang mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini.
Hasil siasatan mendapati OKS merupakan pemandu kenderaan tersebut yang sepatutnya bernombor pendaftaran SLJ 8967 M, namun telah menutup huruf ‘S’ dan ‘M’ pada nombor pendaftaran itu bagi membolehkannya mengisi minyak subsidi RON95.
Pemeriksaan lanjut ke atas nombor enjin dan casis mengesahkan bahawa kenderaan itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran SLJ 8967 M, dan bukan LJ 8967 seperti yang dipamerkan.
Sebelum itu, pada 3 Januari, tular satu video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial yang memaparkan seorang individu mengesan perbuatan pemandu kereta berdaftar di Singapura yang sedang mengisi petrol RON95.
Pemilik video tersebut mendakwa ia mungkin merupakan taktik baharu warga Singapura untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan menutup huruf pertama dan terakhir pada nombor pendaftaran kenderaan asing agar kelihatan seperti kenderaan tempatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ubah suai nombor plat kereta
#kereta singapura
#RON95
#Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan