awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah suai rumah tanpa kebenaran, PBT perlu ambil tindakan telus - Azam Baki

Fareez Azman
Fareez Azman
14/06/2022
06:03 MYT
Ubah suai rumah tanpa kebenaran, PBT perlu ambil tindakan telus - Azam Baki
Menurut Azam, pihaknya sebelum ini telah menasihati PBT agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan pembinaan tanpa kebenaran. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan agar lebih telus dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kediaman yang melakukan ubah suai struktur rumah tanpa kebenaran.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sehingga kini belum ada laporan terbaharu berhubung isu berkenaan yang melibatkan rasuah atau salah guna kuasa.
"Ini isu melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan majlis daerah, bila pembinaan berlaku saya berharap PBT mengambil tindakan telus.
"Saya tahu ramai yang mengadu tentang pembinaan tambahan tidak dibenarkan, saya nak ulas ada rasuah atau tidak itu bukan masanya," jelasnya.
Tambah Azam, pihaknya sebelum ini telah menasihati PBT agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan pembinaan tanpa kebenaran.
"Tapi kita memang banyak kes telah menasihati PBT melihat isu ini dan mengambil tindakan. Ada beberapa kes dahulu kita siasat, pembinaan haram memang ada unsur rasuah.
"Untuk terkini dan terbaharu tiada, saya perlu periksa dahulu," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Selasa.
Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai rungutan sesetengah masyarakat mengenai tindakan pihak yang mengubah suai rumah mereka sehingga mengundang bahaya terhadap keselamatan penduduk.
Topic Berkaitan
#ubah suai
#kediaman
#SPRM
#pbt
#Majlis Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan