KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah memasang papan tanda amaran di kawasan pantai tumpuan pengunjung susulan penemuan ubur-ubur jenis Portuguese Man o'War.
Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, penemuan ubur-ubur beracun itu tidak boleh dipandang ringan walaupun ia perkara biasa yang terjadi pada setiap tahun.
"Oleh itu, PBT disaran memasang papan tanda amaran mengenai ubur-ubur jenis Portuguese Man o'War sebagai peringatan kepada pengunjung agar lebih berhati-hati ketika berada di pantai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Amanat & Himpunan Warga Kerja Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) di Wisma Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT),di sini.
Menurut Dr Azman, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu juga disaran melakukan pemantauan di beberapa pantai yang berisiko menjadi lokasi ubur-ubur beracun itu terdampar.
Jelas beliau, antara lokasi pantai yang pernah merekodkan penemuan ubur-ubur jenis Portuguese Man o’War atau nama saintifiknya ‘physalia physalis' adalah di Marang, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan penemuan ubur-ubur berbahaya jenis Portuguese Man o'War di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus merupakan kes pertama direkodkan di pantai tersebut pada tahun ini.
Kehadiran ubur-ubur itu disedari selepas ada pengunjung memuat naik penemuan dalam media sosial dan susulan itu, anggota APM telah membuat pemantauan di Pantai Seberang Takir.
Selepas penemuan itu, haiwan marin beracun itu kini ditemui pula di Pantai Pulau Kekabu, di sini pada Rabu.
Sebanyak tujuh ekor ubur-ubur Portuguese Man o'War dijumpai sekitar jam 10.30 pagi ketika petugas APM melakukan rondaan rutin harian di sekitar pantai tersebut.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023

PBT disaran memasang papan tanda amaran mengenai ubur-ubur jenis Portuguese Man o'War sebagai peringatan kepada pengunjung agar lebih berhati-hati ketika berada di pantai.- Sinar Harian

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Atlet basikal dan karate dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu- 2021/2022
Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya pulang dengan hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil kepujian dan sepasang blazer.

Hari pertama persekolahan di Kedah, Terengganu, Kelantan lancar
Di Kedah, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.

Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi hadir ke mahkamah esok
Pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

Remaja melambung motosikal langgar kereta
Mangsa yang berusia 19 tahun melambung sebelum jatuh di tengah-tengah jalan dan meninggal dunia di lokasi.

Hoki: THT belasah UiTM HA-KPT 5-1
Anak buah Seo Jongho bermula garang memecahkan kebuntuan seawal minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Ismail Abu.

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Seorang pemilik syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0.

Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal
MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang.

Rasuah: Pengurus jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman
Seorang pengurus sebuah jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah antara RM1,500 hingga RM6,000 sekitar 2019 hingga 2022.