Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menubuhkan pasukan Unit Cegah Janayah Alam Sekitar (UCJAS) sebagai langkah membendung jenayah berkaitan alam sekitar seperti yang terjadi baru-baru ini melibatkan pencemaran air di Sungai Gong.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementerian memandang serius berhubung kejadian pencemaran yang semakin berleluasa yang dilihat mampu membawa impak yang besar.
"Susulan mesyuarat khas KASA dan KDN, satu pasukan petugas khas cegah jenayah alam sekitar telah ditubuhkan secara rasmi melibatkan kerjasama beberapa pihak penguatkuasa yang dijangka beroperasi pada awal Oktober.
"Dengan tertubuhnya unit ini kita harap akan dapat dengan lebih efektif mencegah dan membendung dalam menyelesaikan kes jenayah alam sekitar terancang di Malaysia," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Bagaimanapun katanya pihak kementerian perlu mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Kewangan dan JPA susulan penubuhan unit tersebut memerlukan proses perubahan struktur dan pendekatan secara bersepadu.
"KASA akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan agar unit ini dapat diperkukuh ekoran memerlukan pertambahan jawatan dan peruntukan kewangan tambahan," katanya lagi.
Menurut Tuan Ibrahim, unit berkenaan akan menyelaras tindakan bersama beberapa agensi termasuk ATM, PDRM, dan juga penguatkuasa KASA berbanding sebelum ini menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Hasil perbincangan juga telah memutuskan agar pihak PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap pelaku jenayah alam sekitar.
Dalam pada itu, mengulas mengenai insiden pencemaran di Sungai Gong, Tuan Ibrahim turut memaklumkan kertas siasatan berkaitan pencemaran di Sungai Gong telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
"Setakat ini, perkara tersebut sedang dilaksanakan melibatkan kes jenayah alam sekitar yang sedang dituduh di mahkamah.
"Kertas siasatan oleh JAS dan SPAN telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada minggu lalu.
"Selain daripada syarikat dituduh, pengurus mahupun pegawai seumpamanya boleh dituduh di bawah akta sama," katanya lagi.
Hilmi Malik
Mon Sep 14 2020

Tuan Ibrahim berkata, kementerian memandang serius berhubung kejadian pencemaran yang semakin berleluasa yang dilihat mampu membawa impak yang besar. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dua politeknik di Sarawak terima bas dari kerajaan negeri
Dua buah bas diserahkan kepada pengurusan Politeknik Mukah dan Metro Betong sebagai usaha membantu para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut melakukan tugasan luar kuliah.

Sarawak sedia insentif RM30 juta bantu pelajar bayar tunggakan PTPTN
Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan pihak PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada PTPTN.

Messi digantung perlawanan selepas terima kad merah pertama di Barcelona
Ia merupakan kad merah ketiga sepanjang karier 17 tahun Messi, di mana dia pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Kedua-dua remaja terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum terlanggar sebuah kereta.

Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Serian setakat jam 12 tengah hari kini hanya tinggal 415 orang melibatkan 124 keluarga.

Penerbit Muzik AS Phil Spector meninggal dunia dalam penjara
Penerbit Muzik Amerika Syarikat Phil Spector meninggal dunia pada usia 81 tahun, ketika menjalani hukuman penjara kerana membunuh. Spector, yang menaikkan muzik pop dengan menemui kaedah rakaman "Wall of Sound" pernah bekerja dengan kumpulan ternama The Beatles, The Righteous Brothers dan Tina Turner.

PKP 2.0 | Benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, mereka berkata ia memandangkan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam kedai dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Peperiksaan Utama | Guru ambil pendekatan lebih santai tingkat motivasi
Dalam pada itu, Prof Dr Siti Aishah turut menyarankan agar para guru menggunakan pendekatan lebih santai untuk meningkatkan motivasi pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan utama bulan depan.

Banjir | Pasukan tugas khas YPM akan bantu pelajar terjejas akibat banjir
Bagi memastikan tiada pelajar tercicir pasca banjir, Yayasan Pelajara Mara (YPM) menggerakkan satu pasukan petugas bagi membantu mereka terjejas di kawasan di landa musibah banjir. Menurut Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin, bukan saja bantuan kebajikan disalurkan kepada mangsa banjir tetapi sokongan psikologi juga akan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

Sinar Harian komited mahu banteras rasuah, tubuhkan Sinar Rasuah Busters
Demi membanteras gejala rasuah yang masih belum berkesudahan, Sinar Harian mengambil inisiatif menubuhkan 'Sinar Rasuah Busters'.

Rukun Negara, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan antara legasi Salleh Abas
Salleh Abas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.

Dua lelaki menyamar polis, samun dan curi motosikal warga asing
Dalam kejadian jam 12 tengah hari Selasa, mangsa yang sedang makan di tepi sawah di Padang Tembusu telah disamun lelaki tersebut.

Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.

Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan reman dua hari
Dua individu termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang dipercayai terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran ditahan reman dua hari.

Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam - Hussamuddin
Menurutnya, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.

Mayat reput dalam kereta: Tiga ditahan disyaki bunuh rakan sejenayah
Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam sebuah kereta di parkir sebuah rumah pangsa di Batu Berendam, Melaka, 7 Januari lalu.

Video tular: Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan
Dua individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana