awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak tidak sangka pertemuan dengan Mohamed Saiful dua minggu lepas adalah yang terakhir
Tunku Kecil Muda dahului 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Manchester City selangkah ke Final Carabao Cup selepas tewaskan Newcastle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bernama
Bernama
13/01/2026
21:45 MYT
UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penutup Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu anjuran Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil pendidikan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta memperkukuh bahasa Melayu dan Sejarah sebagai teras.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu UEC ialah soal masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penyatu negara.
"Bahasa menentukan siapa menguasai universiti, sektor awam dan ekonomi. Apabila bahasa Melayu dilemahkan, anak Melayu yang melalui aliran kebangsaan akan paling terkesan.
"... justeru sebarang pengiktirafan mesti berpaksikan Perlembagaan dan falsafah pendidikan kebangsaan dan penggunaan bahasa Melayu dan Sejarah wajib ada jika mereka mahu kerajaan mengiktiraf UEC," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvensyen Memperkasakan Pendidikan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam tadi.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Ahmad Zahid berkata bagi mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu masa depan, UMNO akan terus memperjuangkan usaha memastikan bahasa itu berkembang sebagai bahasa sains, teknologi dan pemikiran aras tinggi.
"Walaupun ia memerlukan pelaburan yang besar, langkah ini penting bagi menjamin kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berdaya saing.
"Bahasa Melayu mesti diperkasakan sebagai bahasa sains, teknologi dan pemikiran tinggi, yang memerlukan pelaburan dalam pembangunan bahan ilmiah, penghasilan kandungan digital serta latihan guru," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UEC
#Perlembagaan Persekutuan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Bahasa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan