awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya

Bernama
Bernama
05/09/2018
21:25 MYT
UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya
Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, dengan pelantikan Maszlee, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIAM ke arah mewujudkan satu taman ilmu yang dihormati masyarakat dalam negara dan antarabangsa. - Gambar hiasan
Pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden ketujuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama tiga tahun disambut baik oleh warga universiti itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UIAM.
"Pengurusan UIAM berpandangan Maszlee merupakan calon yang ideal kerana beliau merupakan seorang bekas pensyarah UIAM.
"Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas mengenai persekitaran UIAM memandangkan beliau juga pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIAM dalam memperjuangkan hak-hak dan menjamin kebajikan para pensyarah.
"Meskipun sibuk dengan mandat sebagai menteri pendidikan, Maszlee telah menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan Presiden UIAM dan beliau juga telah menzahirkan komitmen tidak akan menerima sebarang bayaran sepanjang tempoh memegang jawatan itu," kata kenyataan itu.
Pelantikan Maszlee juga didukung oleh Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM, yang menekankan kepentingan menegakkan autonomi universiti supaya dapat mewujudkan ekosistem pengajaran dan pembelajaran yang mampu menghasilkan graduan yang holistik.
BACA: 'Anwar juga pernah dilantik Presiden UIAM'
BACA: 'Banyak lagi kerja Menteri Pendidikan'
"Dengan pelantikan ini juga, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIAM ke arah mewujudkan satu taman ilmu yang dihormati oleh masyarakat dalam negara dan antarabangsa, ia sejajar dengan kehendak UIAM yang terdiri dari ahli negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) khususnya serta negara lain amnya.
"Jawatankuasa Pengurusan Universiti, kakitangan akademik dan pentadbiran serta seluruh pelajar UIAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dr Maszlee Malik atas pelantikan ini," jelas kenyataan itu lagi.
Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah telah memberi perkenan atas pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Pihak UIAM turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Rais atas sumbangan serta jasa beliau kepada UIAM sepanjang menerajui UIAM sebagai presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayaran
#bekas pensyarah
#Dzulkifli Abdul Razak
#ideal
#Islam
#khidmat nasihat
#Maszlee Malik
#menteri
#Menteri Pendidikan
#pendidikan
#pengalaman
#Persatuan Staf Akademik
#presiden
#Rais Yatim
#Sultan Ahmad Shah
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan