SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan terus mencari resolusi terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan kediaman dan masalah pengangkutan dialami pelajarnya.
Naib Canselornya, Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, dua daripada kampus paling terjejas dengan masalah kekurangan kediaman ketika ini adalah UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam.
"Di kampus lain setakat pagi tadi, sudah terkawal di mana di UiTM Puncak Alam dan UiTM Shah Alam, kita menghadapi isu pelajar tidak dapat lagi rumah sewa di kawasan persekitarannya.
"Sehubungan itu, ramai pelajar tinggal di Bandar Baru Klang, Meru dan Seksyen 13, jauh dari pusat pengajian mereka. Keadaan itu menyebabkan timbul isu pengangkutan untuk kampus," katanya.
Beliau ditemui pemberita Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara UiTM Dengan Wanita Ikon Selangor 2022 dan Majlis Pelancaran 'Are You Ok Centre' di UiTM Shah Alam pada Khamis.
Hadir sama, Wanita Ikon Selangor, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan nama Datin Rita Sosilawati.
Roziah berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa dalam isu mendapatkan rumah sewa berdekatan dengan kampus dan isu pengangkutan untuk ke kampus.
“Saya menguruskan isu ini setiap hari menerusi timbalan naib canselor pembangunan dan timbalan naib canselor hal ehwal pelajar, memang sepanjang masa pegawai kita menguruskan hal ini.
"Saya mengakui banyak aduan di media sosial tetapi kita cuba atasi termasuk memohon mendapatkan bas Rapid KL dan bas Selangor untuk memberikan perkhidmatan membawa pelajar ke kampus," katanya.
Tambahnya, ketika ini kira-kira 1,000 pelajar di universiti berkenaan terpaksa mengikuti pengajian dalam talian kerana masalah kekurangan kediaman dan pengangkutan untuk ke kampus masing-masing. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 14 2022
Roziah (duduk, kiri) dan Rita Sosilawati (kanan) beramah mesra dengan hadirin pada majlis di UiTM Shah Alam semalam. - Foto Sinar
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.