KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikatnya masih belum mencapai objektif dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM serta peluang pelaburan dan meningkatkan kedudukan strategik perniagaan teras syarikat.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC juga mendapati UiTM gagal mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan bagi mengambil alih UiTM Private Education Sdn Bhd dan UiTM Technoventure Sdn Bhd, sekali gus menjadikan perkara itu bertentangan dengan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173).
Beliau berkata PAC hari ini membentangkan Laporan PAC berhubung UiTM Holdings di bawah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan telah membuat lima rumusan susulan prosiding terhadap UiTM Holdings pada 6 Dis 2023 selepas memanggil beberapa saksi.
"Mesyuarat penyediaan laporan ini dibuat pada 27 Feb lepas dan turut hadir sama tujuh ahli Ex-Officio PAC terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara yang bersetuju dengan laporan, rumusan, syor dan memuktamadkan laporan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati berkata laporan itu juga merumuskan suntikan modal berjumlah RM259.98 juta oleh UiTM bagi tempoh 2007 hingga 2018 bagi tujuan pemilikan saham dalam UiTM Holdings tidak mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan adalah tidak selaras dengan Akta 173.
Selain itu Mas Ermieyati berkata UiTM Holdings juga masih belum menyelesaikan pertukaran syarat nyata tanah di Solar Park I Gambang, Pahang bagi projek solar serta gagal memuktamadkan perjanjian penyewaan baharu antara UiTM dan UiTM Private Healthcare Sdn Bhd sehingga berlaku tunggakan sewaan selama 15 bulan dan menyebabkan bangunan hospital Pusat Kesihatan Pakar UiTM tidak disenggara dengan baik.
Bagi langkah penambahbaikan daripada dapatan berkenaan, Mas Ermieyati berkata PAC mencadangkan UiTM untuk lebih efektif dalam mengawal selia UiTM Holdings dan anak syarikatnya supaya ia dapat menjana keuntungan dan mampu membayar dividen selaras dengan matlamat penubuhannya.
Selain itu UiTM perlu memastikan pematuhan kepada kuasa melulus dalam membuat pelaburan, pinjaman dan penubuhan syarikat subsidiari selaras dengan peruntukan Akta 173 dan memastikan bahawa tindakan pembetulan diambil dalam isu suntikan modal berjumlah RM259.98 juta supaya selaras dengan Akta 173, secara bersama dengan KPT.
UiTM Holdings pula disaran menyelesaikan segera isu pertukaran syarat nyata tanah di Solar Park I Gambang, Pahang serta membentangkan pelan komprehensif hala tuju pelaburan dan perniagaan termasuk menangani isu tunggakan penyewaan dan penyenggaraan bangunan hospital Pusat Kesihatan Pakar UiTM.
"PAC akan memanggil semula MOF, KPT dan UiTM bagi prosiding tindakan susulan bagi isu ini dalam tempoh dua bulan untuk mengetahui maklum balas MOF, KPT dan UiTM terhadap syor-syor yang diberikan oleh Jawatankuasa ini," kata Mas Ermieyati.
UiTM Holdings menjadi tumpuan apabila ia didakwa rugi RM157 juta berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.
UiTM Holdings adalah syarikat pegangan pelaburan milik penuh universiti awam UiTM yang menguruskan lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Mas Ermieyati berkata PAC juga mendapati UiTM gagal mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan bagi mengambil alih UiTM Private Education Sdn Bhd dan UiTM Technoventure Sdn Bhd. - Gambar fail/Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.
Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).