awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/02/2023
16:24 MYT
UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, pihak yang berkenaan mesti memberikan kerjasama sewajarnya terhadap siasatan yang akan dilakukan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan berkenaan dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan susulan laporan UiTM Holdings rugi RM157 juta.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, pihak yang berkenaan mesti memberikan kerjasama sewajarnya terhadap siasatan yang akan dilakukan.
Tegasnya, KPT sentiasa memberi penekanan khusus dalam perkara-perkara melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.
“Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan.
“KPT menegaskan bahawa pihak Kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan atau undang-undang sedia ada yang terpakai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kerugian berjumlah RM157 juta yang dilaporkan adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.
Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.
UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sayap pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UiTM Holdings Sdn. Bhd. yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu direkod mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta.
Jumlah itu adalah bagi juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut dan diperolehi berdasarkan laporan kewa­ngan pada 2017 hingga 2021.
Memetik laporan itu lagi, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewa­ngannya bagi tahun 2020.
Topic Berkaitan
#UiTM Holdings
#rugi
#Mohamed Khaled Nordin
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan