SHAH ALAM: Kesemua 35 kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) menawarkan menu makanan kepada pelajar serendah RM3.50 sejak 8 Julai lepas, untuk pelaksanaan inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia bagi meringankan kos perbelanjaan penuntut universiti.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, universiti itu mempunyai lebih 400 penggerai di seluruh kampusnya dan hampir kesemua mereka menyatakan kesanggupan untuk menyediakan menu berharga RM3.50 dengan syarat ia adalah menu khas, manakala pilihan menu lain masih boleh ditawarkan.
"Jadi untuk menu lain kita akan kekalkan iaitu bagi mereka yang ada duit lebih boleh beli, itu yang ditetapkan dan setiap gerai kita cadangkan untuk disediakan menu daripada inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia ini," katanya kepada media selepas majlis penanaman pokok bagi program 'TREE4FUTURE' di sini hari ini.
Roziah berkata pada Jumaat lepas, beliau melihat masih ada penggerai yang menawarkan menu berharga RM6, namun pihaknya akan terus memantau supaya menu RM3.50 ditawarkan dengan 14 pilihan makanan berkhasiat dan berkualiti.
"Bila ditanya pelajar mereka nyatakan harga itu (RM6) tidaklah mahal, jadi saya rasa kemungkinan kerana yuran pengajian UiTM adalah murah berbanding universiti lain," katanya.
Pada 4 Julai lepas, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.
Terdahulu, Roziah berkata 'TREE4FUTURE' adalah satu inisiatif penanaman pokok bagi meningkatkan kehijauan kawasan di dalam kampus induknya seiring dengan misi untuk mencapai status Kampus Lestari (Kampus Hijau) menjelang 2025.
Beliau berkata, inisiatif tersebut turut dijayakan oleh pihak Kedutaan Azerbaijan, yang pada masa sama bertujuan mempromosikan Bandar Susha sebagai pusat kebudayaan Azerbaijan yang dibina pada abad ke-18 dan meraikan ulang tahun ke-270 Kota Susha (1752-2022).
Hadir sama pada majlis penanaman 15 batang pokok termasuk spesies Merbau, Delima dan Penaga Lilin itu adalah Timbalan Menteri Luar Azerbaijan, Elnur Mammadov dan Duta Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Roziah Mohd Janor (dua, kiri) bersama Elnur Mamadov (kiri) dan Irfan Davudov (tiga, kiri) pada Majlis 'Tree4Future' antara UiTM dan Azerbaijan Untuk Meningkatkan Inisiatif Kampus Hijaun di UiTM Shah Alam hari ini. - Gambar BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
UiTM sediakan menu makanan serendah RM3.50 untuk pelajar di semua kampus
Penggerai di semua kampus UiTM sanggup sediakan menu berharga RM3.50 dengan syarat ia adalah menu khas, manakala pilihan menu lain masih boleh ditawarkan.