UiTM tonjol bakat kreatif menerusi pameran 'Beyond First Frame'

PROGRAM Komunikasi Media Baharu (MC249) UiTM terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan bakat industri kreatif menerusi pameran Projek Tahun Akhir 'Beyond First Frame' (BFF) yang berlangsung di CMT Hub, Selasa lalu. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Program Komunikasi Media Baharu (MC249) Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan bakat industri kreatif menerusi pameran Projek Tahun Akhir 'Beyond First Frame' (BFF) yang berlangsung di CMT Hub, di sini Selasa lalu.
Ringkasan AI
- Program Komunikasi Media Baharu (MC249) UiTM memperkukuhkan peranan melahirkan bakat industri kreatif menerusi pameran Projek Tahun Akhir 'Beyond First Frame' (BFF) di CMT Hub, Selasa lalu.
- Pameran ini menampilkan hasil kerja kreatif pelajar semester lima dalam bidang animasi dan reka bentuk permainan digital, menjadi platform bagi mereka mempamerkan konsep penceritaan visual dan integrasi teknologi terkini sebelum menyertai alam kerjaya.
- Inisiatif BFF bukan hanya tuntutan akademik, tetapi juga penting bagi pelajar memenuhi keperluan industri kreatif tempatan dan global, dengan pelancaran galeri portfolio digital bagi akses majikan dan komuniti kreatif global.

Antara panel terkemuka yang hadir pada BFF. - Sinar Harian
Pensyarah subjek, Ts Dr Mohamed Razeef Shah Mohmad Rafik berkata, pameran ini turut menjadi medium penting untuk interaksi antara pelajar, pensyarah dan wakil industri di mana idea, maklum balas profesional serta jaringan kerjasama dapat dibina.
"Beyond First Frame juga menyediakan sebuah platform digital rasmi yang menempatkan portfolio pelajar New Media Communication. Laman web ini berfungsi sebagai ruang pameran maya yang membolehkan hasil karya pelajar diakses oleh khalayak lebih luas termasuk industri, majikan berpotensi, dan komuniti kreatif global," katanya.
Menariknya, BFF ini menampilkan panel terkemuka seperti Ketua Pegawai Eksekutif di Les' Copaque Animation Academy (LCAA), Ahmad Akmal Ahmad Zaini; Pengarah dan Pengasas ICYM Studios, Abdul Khafie Abdul Rahman; Pengarah Future Creative School, Fakulti Animasi dan Multimedia ASWARA, Ts Dr Jazmi Izwan Jamal; pelakon dan pengarah tersohor, Farid Kamil Zahari dan wakil akademik dari Tianjin Academy of Fine Arts (TAFA), Zhao Jie.
Sepanjang pameran berlangsung, pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai projek yang menampilkan pendekatan penceritaan visual, reka bentuk karakter, mekanik permainan, serta integrasi teknologi digital terkini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


