Mempertaruhkan calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kali ini adalah ujian besar UMNO dan Pas dalam usaha memenangi pilihan raya di kawasan campuran menerusi gabungan Muafakat Nasional.
Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, ketika ini, Muafakat Nasional dikatakan hanya boleh memenangi pilihan raya di kawasan majoriti Melayu seperti di Pahang, Kedah Dan Terengganu.
Menurutnya, terdapat juga dakwaan pihak tertentu menyifatkan peluang Muafakat Nasional memenangi kawasan campuran seperti Parlimen Tanjung Piai yang mempunyai 42 peratus pengundi masyarakat Cina hampir tiada.
"Sebab itu kemenangan Jeck Seng pada PRK kali ini amat penting kerana ianya boleh menjadi ujian besar Pas dan UMNO yang selama ini dianggap tidak boleh memenangi kawasan campuran.
"Kita kena buktikan melalui kemenangan Muafakat Nasional dan calon BN pada PRK kali ini, ianya menunjukkan kerjasama Muafakat Nasional mencakupi kepentingan semua rakyat yang lebih besar daripada mendapatkan kemenangan umat Islam semata-mata.
"Kita boleh menang di Parlimen Tanjung Piai. Jangan kita fikir kepentingan umat Islam semata-mata, sebaliknya kita kena ada matlamat lebih besar untuk menunjukkan agama Islam sebagai agama universal yang turut dihormati umat bukan Islam.
"Jadikan PRK Parlimen Tanjung Piai bukan sembarangan PRK, bukan pilihan raya memenangkan MCA atau BN, tetapi kemenangan Muafakat Nasional dengan agama Islam sebagai agama teras," katanya ketika berceramah pada majlis Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pekan Nanas, di sini malam tadi.
Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta dihadiri lebih 10,000 hadirin.
BACA: Tanjung Piai Memilih: Ini bukan soal saya, Najib ingatkan PH
Sementara itu, Najib turut membidas tindakan media pro-kerajaan mendakwa Jeck Seng mengeluarkan kenyataan menentang tulisan jawi menerusi catatan dalam laman Facebook peribadinya yang berbahasa Mandarin.
Najib berkata, pihaknya sudah meneliti terjemahan kenyataan itu dan mendapati Jeck Seng tidak pernah menentang tulisan jawi sebagai mana didakwa.
BACA: Sekarang bilik penjara saya kosong - Anwar Ibrahim
Menurutnya, Jeck Seng dalam kenyataannya menjelaskan tulisan khat sama dengan kaligrafi lain dan mana-mana sekolah bebas hendak mempelajarinya.
"Ada portal memutar belit kenyataan Jeck Seng... Kononnya Jeck Seng menentang tulisan jawi.
"Saya sudah semak dan Jeck Seng tidak pernah menentang tulisan Jawi. Jeck Seng menganggap tulisan khat Jawi sama dengan kaligrafi lain, di mana pelajar sekolah bebas untuk mempelajarinya.
"Jangan termakan dengan putar belit pihak tertentu, jangan termakan hasutan pihak kerajaan kerana pencalonan Jeck Seng boleh menjadi ujian besar Pas dan UMNO dalam inisiatif memenangi kawasan campuran," katanya.
BACA: Selepas bantah isu tulisan jawi, Dong Zong bela Utusan pula
Sinar Harian
Thu Nov 14 2019
Najib menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional dan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Kampung Sawah malam tadi. Foto Sinar Harian
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.