awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian, kuarantin jadi halangan utama lakukan perjalanan - IATA

Bernama
Bernama
17/03/2022
20:46 MYT
Ujian, kuarantin jadi halangan utama lakukan perjalanan - IATA
Menurut IATA, variasi serantau bagi darjah keterbukaan dalam kalangan pasaran adalah suram dengan perjalanan di Asia masih terjejas teruk berikutan sekatan COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kaji selidik berulang terhadap penumpang semasa pandemik mendedahkan bahawa ujian dan langkah kuarantin menjadi halangan utama untuk melakukan perjalanan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Menurut IATA, variasi serantau bagi darjah keterbukaan dalam kalangan pasaran adalah suram dengan perjalanan di Asia masih terjejas teruk berikutan sekatan COVID-19.
"Walaupun trafik antarabangsa Amerika Utara dan Eropah meningkat semula kepada -42 peratus tahun lepas daripada tahap puncak mereka pada 2019, trafik di Asia Pasifik kekal pada -88 peratus.
"Bagaimanapun, di rantau ini, terdapat sedikit kemajuan apabila India dan Malaysia menjadi antara negara yang mengumumkan kelonggaran sekatan masing-masing, baru-baru ini," menurut IATA dalam kenyataan pada Khamis.
IATA berkata kelonggaran langkah itu mencerminkan meningkatnya persefahaman bahawa sekatan perjalanan seperti penutupan sempadan dan kuarantin hanya berperanan kecil untuk mengawal penularan COVID-19.
Persatuan itu turut berkongsi dapatan tinjauannya mengenai sekatan perjalanan bagi 50 pasaran utama perjalanan udara dunia (merangkumi 88 peratus daripada permintaan antarabangsa pada 2019 yang dinilai melalui hasil penumpang bagi setiap kilometer), yang menunjukkan peningkatan akses adalah tersedia kepada pengembara yang divaksin.
"Sebanyak 25 pasaran yang menyumbang 38 peratus daripada permintaan antarabangsa pada 2019 dibuka kepada pengembara telah divaksin tanpa memerlukan langkah kuarantin atau keperluan ujian, meningkat berbanding 18 pasaran (28 peratus daripada permintaan antarabangsa pada 2019) pada pertengahan Februari.
"Sejumlah 38 pasaran yang menyumbang 65 peratus daripada permintaan antarabangsa pada 2019 dibuka kepada pengembara telah divaksin tanpa keperluan kuarantin, bertambah berbanding 28 pasaran (50 peratus daripada permintaan antarabangsa pada 2019) pada pertengahan Februari," katanya.
Menurut Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh, lebih banyak kerajaan akan menguruskan COVID-19 melalui pengawasan sepertimana yang dilaksanakan terhadap virus endemik lain, selepas imuniti penduduk meningkat.
"Ini berita baik kepada semakin banyak destinasi yang akan menerima rangsangan ekonomi yang amat diperlukan daripada musim percutian Easter dan musim panas Utara yang akan datang. Asia adalah berbeza.
"Diharap, kelonggaran baru-baru ini termasuk di Australia, Bangladesh, New Zealand, Pakistan dan Filipina akan membuka laluan untuk mengembalikan kebebasan mengembara yang lebih dinikmati di negara lain di dunia," kata Walsh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#perjalanan udara
#vaksin
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan