awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian penilaian kelas agama, fardu ain 2020 ditunda tahun depan

Bernama
Bernama
11/11/2020
07:31 MYT
Ujian penilaian kelas agama, fardu ain 2020 ditunda tahun depan
Keputusan menunda UPKK dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) setelah mempertimbangkan kepentingan semua pihak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun ini ditunda berikutan penularan pandemik COVID-19 dan akan dilakukan serentak dengan UPKK tahun depan iaitu dari 4 hingga 7 Oktober 2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) setelah mempertimbangkan kepentingan semua pihak.
Beliau berkata, ia melibatkan lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab dan Lughah Al-Quran.
"Sementara ujian bagi subjek al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dilaksanakan 1 hingga 30 Sept 2021. Jadual pelaksanaan bagi ujian bertulis, amali dan lisan akan dimaklumkan kelak.
"Penjadualan ini membolehkan calon membuat persediaan mencukupi sebelum menduduki peperiksaan, tahun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan pindaan turut dilakukan untuk penilaian subjek berbentuk amali yang merangkumi Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam.
Katanya, sebarang catatan penilaian sepanjang sesi persekolahan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) termasuk ujian bulanan, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh diambil kira sebagai satu bentuk penilaian.
UPKK dilaksanakan semasa pelajar berada di tahun lima dan calon UPKK perlu menduduki kelas KAFA iaitu program pengukuhan berkonsepkan pendidikan Islam peringkat rendah, sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun untuk menduduki peperiksaan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ujian penilaian
#Kelas Agama dan Fardu Ain
#UPKK
#ditunda tahun depan
#Jabatan Kemajuan Agama Islam
#COVID-19
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan