awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UKM-UP meterai MoA bagi penganjuran AYVP Philippines 2021

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2021
10:10 MYT
UKM-UP meterai MoA bagi penganjuran AYVP Philippines 2021
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) DAN University Of The Philipines (UP) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menganjurkan ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP) Philippines 2021. - Gambar UKM
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) DAN University Of The Philipines (UP) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menganjurkan ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP) Philippines 2021.
UKM diwakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Datuk Imran Ho Abdullah dan UP diwakili Naib Presiden Perhubungan Awamnya, Elena Pernia.
Menurut Prof Imran, UP akan mengetuai program ini dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian pendidikan ASEAN dalam situasi mencabar hari ini.
Program ini akan memanfaatkan kira-kira 213 juta belia dari 10 negara ASEAN.
Ïa bakal meningkatkan kapasiti pembangunan golongan belia sebagai bakal pemimpin ASEAN yang mampu memberi sumbangan dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti rantau itu.
Pada masa sama, program diyakini akan dapat memberi inspirasi kepada belia terhadap semangat kesukarelawan.
"Inisiatif AYVP dan UKM bukan satu perkara baharu dan telah dilaksanakan sejak 2011. Pada 2012, AYVP telah diamanahkan kepada UKM untuk menjadi tuan rumah bagi Sekretariat AYVP.
"Jadi dalam membawa amanah AYVP ini, kita perlu menyokong rakan negara seangkatan yang juga percaya dengan nilai kesukarelawan, serta memperkasa anak muda," katanya semasa Majlis Menandatangani MoA AYVP Philippines 2021 secara maya pada Jumaat.
Beliau yakin dengan usaha berkenaan, hubungan UKM dan UP akan dimantapkan lagi serta berterusan pada masa akan datang.
"Inisiatif ini juga selaras dengan Model Pelan Strategik UKM, Teras. Melalui program ini, kami bercadang untuk menghidupkan semula pendidikan yang bakal menyaksikan kolaborasi berkesan dengan Pendidikan Tinggi.
Topic Berkaitan
#model
#ASEAN
#nilai
#Amanah
#pendidikan
#presiden
#Belia
#Malaysia
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan