KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu peratus kemasukan pelajar dan warga kerja dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) ke universiti itu.

Pro Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid berkata setakat ini hanya terdapat seramai 49 pelajar dan petugas golongan OKU direkodkan di universiti itu daripada 40,000 kakitangan dan pelajar.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 400 pelajar dan kakitangan OKU untuk menyertai UKM, walaupun kita masih baharu mencapai satu per empat daripada sasaran, namun kita berada di landasan untuk menuju ke arah itu," katanya.

Beliau yang ditemui Bernama selepas merasmikan Hari OKU Sedunia UKM 2022 di Dewan Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kuala Lumpur hari ini berkata, pihaknya telah menambah baik infrastruktur dan fasiliti untuk OKU bagi tujuan itu termasuk laluan khas, penyediaan tandas khas dan sebagainya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM Prof. Dr. Suzana Shahar berkata UKM dengan kerjasama Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU) turut menubuhkan pusat saringan kesihatan khas bagi kemudahan golongan itu untuk mencegah penyakit tidak penyakit.

-- BERNAMA