KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti pertama Malaysia yang menerajui kajian pengimejan melalui DXA berskala besar di peringkat antarabangsa.
Penyelidikan yang dijalankan bersama University of Oxford, United Kingdom (UK) ini menyasarkan bidang kajian obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang semakin berleluasa di Malaysia dan di seluruh dunia.
Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata buat masa ini, tiada kajian pengimejan melalui DXA mahupun MRI berskala besar di Malaysia untuk pengukuran langsung lemak badan bagi membolehkan penyelidik memahami hubungan antara komposisi badan dengan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Oleh itu, katanya, kajian tersebut bertujuan untuk memahami perkaitan obesiti dalam menyebabkan penyakit diabetis dan penyakit jantung (CVD).
“Selain itu, perbandingan antara kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia dan di UK juga dapat dilakukan. Kaedah baharu seperti DXA dan MRI dapat digunakan bagi mengesahkan instrument konvensional BMI (body mass index) atau pun dikenali sebagai indeks jisim tubuh.
“UMBI akan melakukan 6,000 pengimejan DXA serta 100 pengimejan MRI (dengan kerjasama bersama Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan, UKM dan University of Westminster, UK) bagi menilai komposisi badan dalam kalangan peserta The Malaysian Cohort (TMC).
“Kolaborasi penyelidikan ini membolehkan perpindahan teknologi terutamanya kaedah analisis data yang dilakukan antara kedua-dua pihak,” jelasnya.
Katanya lagi, kerjasama penyelidikan ini dapat memberi impak yang besar kepada sistem kesihatan di Malaysia terutamanya dalam pembangunan dan penggunaan BMI baharu yang bersesuaian dengan populasi Asia khususnya penduduk di Malaysia.
“Buat masa ini, BMI yang digunapakai adalah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diklasifikasikan mengikut: BMI< 18.5 (kurang berat badan), BMI 18.5 – 25 (normal), BMI 25–30 (lebihan berat badan) dan BMI >30 (obesiti), yang berdasarkan populasi Caucasian.
“Oleh itu, adalah penting untuk menentukan apakah julat normal bagi lebihan lemak badan daripada setiap kumpulan etnik di Malaysia agar julat yang lebih tepat dapat diperkenalkan,” ujarnya lagi.
Prof Mohd Ekhwan turut menambah, projek itu juga berpotensi meningkatkan kerjasama bersama industri terutamanya dalam mengenal pasti kaedah rawatan terbaik yang melibatkan penyakit jarang jumpa yang spesifik bagi obesiti seperti kekurangan Proopiomelanocortin (POMC), kekurangan reseptor leptin (LEPR), bardet-Biedl Syndrome (BBS), Alstrom syndrom, dan Prader-Willi syndrome.
“Kajian lanjutan berkait genetik boleh dilakukan bagi mengenal pasti variasi penyebab dan pelindung bagi obesiti.
“Banyak lagi projek kolaborasi penyelidikan yang sedang dirancang bersama University of Oxford. Usaha ini sejajar dengan agenda pengantarabangsaan UKM khususnya perkongsian pintar dengan universiti tersohor di dunia,” jelasnya.
Penyelidikan dengan tajuk Obesiti dan penyakit tidak berjangkit di Malaysia: Kajian pengimejan terhadap 6,000 orang dewasa dalam Kajian Kohort Malaysia diketuai bersama oleh Prof Sarah Lewington dari Nuffield Department of Population Health, University of Oxford dan Prof Madya Dr Nor Azian Abdul Murad, daripada Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan dana penyelidikan berjumlah RM994,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Projek The Malaysian Cohort (TMC) yang telah dimulakan oleh UMBI pada tahun 2006, serupa dengan projek UK Biobank yang bermula pada tahun 2005. UMBI dan University of Oxford adalah antara pemegang taruh utama, masing-masing bagi projek TMC dan UK Biobank.
Astro Awani
Thu Mar 24 2022
Prof Sarah Lewington dari Nuffield Department of Population Health, University of Oxford (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada delegasi UKM yang mengadakan lawatan kerja ke universiti itu baru-baru ini. - UKM
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
4,286 pelajar baharu terpilih lanjut pengajian ke UKM
Sebanyak 4,286 pelajar baharu terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2023/2024 untuk semua program pengajian.
365 pelajar lepasan SPM ditawar program ASASIpintar UKM di PGPN
Seramai 365 pelajar lepasan SPM ditawarkan untuk mengikuti program pengajian prauniversiti ASASIpintar UKM di Pusat Genius@Pintar Negara (PGPN).
Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.
Kaedah pembelajaran 'menakutkan' punca pelajar ambil aliran sains merosot
Kaedah pembelajaran aliran Sains di peringkat sekolah rendah dianggap 'menakutkan' sekaligus membuatkan pelajar tidak berminat mengikuti aliran berkenaan di peringkat menengah.
Kursi Tun Dr Ismail diwujudkan di UKM - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail di UKM sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham.
Kejatuhan ringgit kerana cabaran struktur, bukan pemerintahan kerajaan
Bukan semua masalah dihadapi negara termasuk kejatuhan ringgit berpunca daripada pemerintahan kerajaan hari ini.
UKM sedia laksana sistem pembelajaran hibrid, jadual anjal
UKM bersedia dengan sistem pengurusan pembelajaran yang mantap iaitu UKM-Folio untuk ruang pembelajaran maya bagi pelaksanaan sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal.
Kampus cawangan UKM di Doha mula tawar program akhir tahun ini - Khaled
Kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar akan mula menawarkan empat program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara persisir (offshore) akhir tahun ini.
Tanah runtuh Batang Kali: 'Kedudukan tapak perkhemahan tidak ideal' - Pakar Geologi
Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah UKM, Dr Nor Shahidah Mohd Nazer berpendapat kedudukan tapak perkemahan Father Organic Farm, Batang Kali disifatkan sebagai tidak ideal untuk diduduki.
Hampir 13,000 penginapan disediakan kepada pelajar sesi akademik 2022/2023 - UKM
Data terkini yang diterima oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP) UKM sehingga 27 Oktober lalu menyaksikan seramai 12,420 atau 96 peratus yang telah mendaftar di kolej kediaman.