SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ada menghantar beberapa surat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan sokongan selepas terdapat saingan daripada syarikat lain yang berminat mengendali pusat sehenti (OSC) di China dan beberapa negara lain.
Pengarah UKSB Datuk Fadzil Ahmad berkata pihaknya telah menghantar tiga pucuk surat kepada Najib antara 23 Mei 2013 dan 27 Okt 2015.
"Surat bertarikh 23 Mei 2013 bertujuan memaklumkan kepada Perdana Menteri berhubung kemajuan dan pencapaian syarikat UKSB serta memohon pertimbangan dan sokongan berterusan.
"Surat bertarikh 20 Jan 2014 pula bertujuan melahirkan harapan agar kerajaan dapat mengekalkan UKSB sebagai operator tunggal Pengurusan Visa ke Malaysia di China, menyokong usaha strategik berterusan UKSB bagi menjadikan sistem Visa Luar Negara (VLN) sebagai sistem tunggal untuk pengurusan visa ke Malaysia di peringkat global dan memberi keutamaan kepada UKSB dalam pelantikan OSC di luar negara.
"Surat bertarikh 27 Okt 2015 pula bertujuan memaklumkan Perdana Menteri tentang kejayaan dan perjalanan kontrak VLN dan OSC China antara UKSB dan KDN serta memohon agar kerajaan Malaysia dan KDN menyokong mempercepat pelaksanaan eVISA sebagai lanjutan kontrak yang disebutkan demi mempertingkat tahap perkhidmatan serta kemudahan menepati zaman dan era teknologi global terkini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.
Sebelum ini, saksi pendakwaan kedua Azman Azra Abdul Rahman @ Md Salleh, iaitu bekas Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, memberitahu mahkamah bahawa Najib telah meminta bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan kontrak UKSB sebagai pengendali tunggal sistem VLN ke Malaysia di China.
Semalam, saksi pendakwaan ke-12 Datuk Seri Abdul Rahim Mohamed Radzi, yang merupakan bekas Ketua Setiausaha KDN, memaklumkan mahkamah bahawa pada 2012 terdapat cadangan daripada beberapa syarikat untuk pelantikan sebagai pengendali OSC di beberapa negara.
Fadzil, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14, berkata pihaknya turut menghantar surat kepada Ahmad Zahid pada 17 Okt 2016 bagi mendapatkan sokongan berhubung sistem VLN dan eVISA agar menjadi sistem 'de facto' kepada proses pengeluaran visa di semua pejabat pengeluar visa.
"Ini kerana UKSB berpandangan adalah amat kritikal sistem VLN dan eVISA menjadi satu-satunya sistem yang digunakan di setiap Pejabat Pengeluar visa ke Malaysia bagi memastikan keseragaman sistem serta prosedur operasi standard selain memperkukuh aspek keselamatan negara," katanya sambil menambah UKSB ada menghantar surat lain kepada Ahmad Zahid seperti memohon pertimbangan dan kelulusan antara 2016 dan 2017.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Sebelum ini, saksi pendakwaan kedua, memberitahu mahkamah bahawa Najib telah meminta Ahmad Zahid meneruskan kontrak UKSB sebagai pengendali tunggal sistem VLN ke Malaysia di China. - Gambar fail
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.
Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri akan diketahui pada 23 Sept ini.
Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.
"Saya tidak pernah terima apa-apa wang daripada UKSB" - Khairy
Menteri Kesihatan sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk beri keterangan.
Saya hantar bagasi berisi wang tunai RM3 juta kepada Ahmad Zahid - Saksi
Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tanmemberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menghantar bagasi berisi RM3 juta kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasmi Timb.Menteri.
Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah pertuduhan pindaan
Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
UKSB minta sokongan Najib selepas ada saingan projek OSC di China
Pengarah UKSB Datuk Fadzil Ahmad berkata pihaknya telah menghantar tiga pucuk surat kepada Najib antara 23 Mei 2013 dan 27 Okt 2015.
Pendakwaan mahu buktikan Ahmad Zahid terima rasuah bagi kekalkan khidmat UKSB
Sepanjang empat tahun menjadi Menteri Dalam Negeri, Raja Rozela berkata, Ahmad Zahid telah mengambil kesempatan dari kedudukannya untuk mengaut kekayaan.