Skip to main content

Politik

Perhimpunan Agung UMNO 2026 bermula 9 September

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
PAU merupakan platform tertinggi parti untuk membincangkan hala tuju, dasar serta isu-isu semasa yang melibatkan UMNO dan negara. - Foto Facebook/Astraf Wajdi Dusuki
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 September depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, hari pertama perhimpunan pada 9 September akan dimulakan dengan sesi taklimat Presiden UMNO, diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO.

Pada 10 September, perhimpunan diteruskan dengan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Sementara itu, Perhimpunan Agung UMNO membabitkan perwakilan dari seluruh negara akan berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 September.

PAU merupakan platform tertinggi parti untuk membincangkan hala tuju, dasar serta isu-isu semasa yang melibatkan UMNO dan negara, selain menghimpunkan kepimpinan serta perwakilan dari semua bahagian di seluruh Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement