awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSG, Miami, Palmeiras, Botafogo layak ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab
DUNIA
'Jangan gugurkan bom!' - Trump beri amaran agar Israel hentikan serangan
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT

Bernama
Bernama
21/12/2024
06:10 MYT
Sponsor Banner
UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya oleh UM. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya oleh UM.
"UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak," menurut kenyataan tersebut.
KPT berkata individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis dan siasatan turut dijalankan pihak berkuasa, sehubungan itu semua pihak diseru agar memberikan ruang supaya siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan.
Menurut kenyataan itu sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan boleh mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.
"Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil," menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UM
#gangguan seksual
#Pensyarah UM
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami